Negeri Kedah dan Perlis menghadapi bencana alam yang dikatakan antara yang paling buruk pernah dilalui oleh mereka yang bergelar warga emas apatah pula yang masih muda. Banjir yang berlaku kali ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk kedua-dua negeri, terutama Kedah.
Banjir kali ini juga menimbulkan bermacam tuduhan dan fitnah di kalangan pihak tertentu terutama di negeri Kedah memandangkan pentadbiran negeri dan persekutuan bukan datangnya dari satu pakatan atau gabungan parti politik. Tiada pula masalah di Perlis kerana parti yang sama berkuasa sedangkan masalah wujud.
Soal kemanusiaan dan keutamaan nampaknya diketepikan apabila satu pihak menuding jari kepada pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang berbaur politik. Nampaknya untung nasib rakyat yang menghadapi bencana dan menderita akibatnya dijadikan bahan cemuhan politik.
Laporan media juga tidak membantu meredakan keadaan dan menjurus kepada kerja sebenar, iaitu membantu mangsa banjir tetapi mengutarakan perkara negatif dan tidak seimbang serta jauh daripada kebenaran.
Saya berada di Utara Semenanjung dan dimaklumkan oleh banyak pihak tentang laporan yang lebih memihak kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang diberitahu dan jika dilihat dari sudut laporan oleh media elektronik, ada kebenaran mengenai perkara itu.
FOTO DARI BLOG SAUDARA MONIER MAT DIN YANG MENYERTAI NGO WARGAKILANG.COM TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH.
Saya tahu dan sedar bahawa satu pihak turun membantu tanpa membawa rombongan media untuk membuat liputan manakala pihak lain sebaliknya. Mereka 'turun padang' dengan diikuti oleh media untuk memberi bantuan dan ini tidak lebih daripada usaha menagih saham politik.
Saya tidak mempersalahkan MB Kedah yang marah kerana dituduh tidak turun padang sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya. Dia turun padang tanpa diiringi media.
Ada media elektronik tertentu yang sengaja mempertonton temuramah dengan pihak yang menyokong parti politik pendokong kerajaan persekutuan untuk memperlekeh pentadbiran negeri Kedah. Ulasan positif kepada satu pihak sahaja yang disiarkan.
Saya tidak menyangka mendengar dan menonton seorang yang ditemuramah itu menuduh kerajaan negeri hanya memberi bantuan makanan kepada penyokong partinya. Itu fitnah namanya kerana saya tahu ia tidak benar. Janganlah sampai sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah semata-mata atas kepentingan politik.
FOTO DARI BLOG MUNIER MAT DIN YANG MERANDUK BANJIR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK. MEREKA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ALLAH BUKAN KERANA POLITIK.
Masalah yang kita hadapi di Malaysia ialah semuanya memperalatkan politik. Menangani bencana alampun dijadikan modal politik. Di Kedah, sebuah jawatankuasa dibentuk dengan anggotanya dari kalangan parti gabungan BN. Ia dikatakan akan menyalur bantuan dari kerajaan Persekutuan. Jika mereka ikhlas dan benar-benar nak bantu, janganlah ketepikan pihak negeri dan PAS. Ini adalah soal kemanusiaan bukan satu pertandingan atau satu peluang untuk mendapat sokongan politik. Musibah yang menimpa bukan kerana politik tetapi sesuatu yang diturunkan oleh Allah.
Pihak media pula ada yang lupa akan etika kewartawanan apabila membuat liputan. Ke mana diletaknya kesaksamaan dalam membuat laporan, ke mana perginya soal kebenaran, dan apa dah jadi dengan ketelusan...Saya tidak menuduh semua media tetapi ada yang berbuat demikian atas sebab tertentu. Amat malang sekali jika media tidak berperanan adil dan saksama dalam membuat liputan atau laporan.
8 comments:
Tuan Syed,
Kalau kira dari dulu sampai sekarang, membantu ikut sewntimen dan publisiti ini kerja siapa?
Bagi itu, bagi ini semua masuk media, tolong tak banyak mana tapi yang menyebuk nak masuk TV bukan main lagi.
Saya sebenarnya dah muak dengan politikus yang sebegini. Media pun nak cari makan, tapi sampai lebih2 buat orang menyampah aje.
Lagi lagi sekarang ni, baru nak harap sistem 2 parti yang kukuh, masih haru biru. Tapi harapan kepada situasi yang lebih kukuh dimana kita sebagai rakyat akan dapat menilai yang cari publisiti murahan dan yang berusaha untuk rakyat.
Yang nak buat kerja kerana Allah, tu kira ada tapi berapa kerat. Kalau memberi, "tangan kanan tak nampak apa yang tangan kiri beri" tak boleh guna pakai, dah masuk Media.
Bangga aje le.
A.Alshukor
Sebagai manusia saya cukup simpati dengan mangsa banjir - saya juga orang Kedah. Anak menantu dan cucu dan juga besan saya terlibat dengan banjir ini. Kita akui banyak pihak nak bantu tapi saya ada sesetengahnya nampak semacam tidak ikhlas seperti mana kata saudara. Nak bantu, bantullah tapi jangan ungkit dan tuduh pihak bagitu begini, saya amat sedih.Orang politik tak wajar jadikan bencana sebagai platform mencari pengaruh.
salam..
isunya adalah diorg lambat bertindak..dah beberapa hari banjir baru bizi nak meeting..dan satu lagi..kerajaan kedah kluarkan surat x boleh utusan dan media arus perdana lain buat liputan bajet kedah..wah2..bukan ke pihak2 tu yg katanya kebebasan media..boleh pulak kerajaan bagi kebenran utk terbitkan harakah yg mmg di ketahui umum sifatnya mcmana..baru berkuasa sikit dah tunjuk kuku..klau perintah satu malaysia mcmana la gamaknye ye
aku pun, kalau utusan dan media arus perdana merapu, tak beri mereka datang. malah aku haramkan.
buat apa datang kalau menyusahkan.
kebebasan media macam mana ooi,
kalau laporan dibuat berat sebelah.
tengok saja kes banjir di kedah.
bukan kerajaan pusat nak tolong kerajaan negeri bantu mangsa banjir tapi dipolitikkan.
buat stateman yang bukan-bukan.
asyik-asyik hentam negeri perintah pr, macamlah negeri-negeri bn tu bagus sangat.
dulu banjir besar di johor.
pm dollah bodawi ada di mana?
Dah meluat dengan Utusan,BH,RTM,TV3 dan media2 yang dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan.. bukan saja berat sebelah, tapi berniat jahat dan keji. Mereka ingat rakyat kita masih berfikiran kolot dan boleh diperbodohkan dengan mempercayai setiap apa yang dikata.
Rakyat Tak Bodoh
Sdr Syed Imran.
Saya anak kedah, tinggal di tepi Sungai Anak Bukit. Kawasn kami DUN Bakar Bata ADUNnya bukan orang lain Datuk Paduka Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah. Sehingga hari ini 13 Nov. kelibatnya tak nampak pun.Dia lebih sebuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pemindahan daripada membantu penyokong-penyokongnya di Bakar Bata.Kami tidak mengarapkan bantuan wang ringgit tetapi sokongan moral adalah penting untuk melegakan hati yang pilu melihat Peti TV terapong-apong dalam rumah, bakul beras ditenggelami air lumpur, bekalan air dan lekrik terpotong. Mana Ahmad Bashah, perjuang, pemimpin agung, wakil rakyat. nasib baik datang orang-orang parti yang kami tolak pada PU lepas bertanya akhbar, meinta kami bersabar menghadapi dugaan Illahi. Hati yang hiba, segar semula. Anak- anak dari KL sanggup meredah air, mengambil resiko mengambil kami berpindah ke tempat selamat. Mana Pemuda Umno, mana Putri Umno, Man Wanita UMNO, Mana Ahmad Bashah? Kami bertekad NO MORE UMNO next general election, No More Ahmad Bashah.
Anak Bakar Bata.
10
Anak Bakar Bata,
Saya turut bersimpati dengan nasib saudara dan mangsa banjir yang lain di kawasan itu. Semasa muda saya pernah beberapa kali ke Bakar Bata mengunjungi rumah almarhum tok saudara. Sungai di belakang rumahnya bukan kecil walaupun namanya anak bukit.
Wakil rakyat berkenaan lebih merupakan jaguh media, dia selalu buat kenyataan seolah-olah dia dan partinya saja yang benar. Orang sedemikian disebut dalam bahasa Inggeris sebagai 'paper tiger', iaitu seseorang yang kata orang kita cakap tak serupa bikin.
Yang sedihnya, orang sedemikian mendapat tempat dalam media yang pro pihak berkenaan. Mereka lupa bahawa rakyat lebih ariff.
Rakyat yang tertindas mesti terus bersabar sehingga tiba pilihan raya umum. Tunjukkan kuasa rakyat kerana ketika itu rakyat adalah raja manakala calon pilihan raya adalah penagih sokongan atau peminta simpati untuk disokong. Pendek kata, mereka adalah pengemis pilihan raya.
Setiap tindakan yg kita buat diketahui oleh pencipta kita dan dicatatkan dalam buku kita. Org yg ikhlas pastinya akan mendapat balasan yg setimpal dan biarlah rakyat yg menilainya kerana mereka nampak dengan mata mereka. Tak perlu kita ikut sikap org lain yg tahu dimana tahap keikhlasan mereka. Kita juga terus berpendirian seperti sebelumnya kerana yg menabur fitnah pasti akan malu atas keikhlasan kita. Wasalam
Hata Wahari
Post a Comment