Tuesday, November 02, 2010

Najib sakit ketika dua tetamu penting kunjungi Malaysia

Kita turut bersimpati akan kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika dua orang tetamu penting berada di negara ini atas lawatan rasmi, iaitu Perdana Menteri Australia dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Bagi PM Australia, inilah lawatan rasmi ke luar negara yang pertama dan Malaysia dipilih atas kepentingan dan keutamaan tertentu, khususnya berkaitan isu pemerdagangan manusia.  Pemimpin Australia itu hendak membincang isu berkenaan dengan Najib.

Kedatangan Hillary Clinton juga dilihat penting kerana ia menunjukkan pendirian pentadbiran Presiden Obama dalam usahanya mendekati dunia Islam. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara majoriti Islam yang sederhana dan berpengaruh di kalangan negara-negara Islam.

Pertemuan dan perbincangan dengan Najib adalah penting bagi kedua-dua negara dan juga bagi dunia Islam.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Sebelum ketibaan kedua-dua tokoh penting itu ke Malaysia, Najib jatuh sakit akibat campak yang menghalang dia daripada menemui atau berjumpa dengan mereka.

Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Najib, sesuatu yang betul dari segi protokol dan pentadbiran.  

Pada satu majlis lain di Selangor, Najib diwakili oleh isterinya. Kita tidak tahu rasionalnya. Adakah isteri PM sebahagian daripada pentadbiran negara? Jika, ia maka ia akan membuka pintu seluas-luasnya kepada para isteri menteri untuk mewakili suami mereka pada majlis-majlis rasmi. 

Adalah sesuatu yang bukan rahsia di negara ini bagi isteri anggota pentadbiran  bertindak seolah-olah dia adalah sebahagian daripada pentadbiran. Ada yang suka "ambil tahu" urusan di pejabat, ada yang suka 'memerintah' pegawai di pejabat dan ada yang  berlagak lebih daripada suami sendiri.

Kita tidak mahu melihat sesuatu yang berkaitan urusan pentadbiran ditentukan oleh mereka yang bukan anggota pentadbiran, iaitu para isteri. Mereka seharusnya tahu dan sedar akan peranan selaku isteri anggota pentadbiran.

Kita menghargai dan menyokong isteri anggota pentadbiran yang sering  melakukan kerja-kerja kebajikan dan mengambil berat akan nasib golongan yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya apa yang mereka lakukan adalah satu ibadah yang pasti mendapat ganjaran, bukan di dunia, tetapi di akhirat. Kita juga sedar bahawa bilangan isteri anggota pentadbiran yang berbuat demikian juga banyak, iaitu majoriti. Sikap sedemikian juga membantu menaikkan imej suami mereka  di kalangan rakyat.

Apa yang rakyat tidak mahu lihat ialah sikap sang isteri yang terlampau melebihi tugas dan peranannya sebagai isteri anggota pentadbiran. Jika suami anda seorang menteri, anda harus ingat bahawa anda bukan menteri, tetapi isteri menteri. Isteri menteri ada tugas tersendiri untuk membantu suami tetapi mereka mesti tahu akan batasannya.

Isteri harus sedar akan hakikat bahawa apa yang mereka lakukan memberi kesan kepada kerjaya suami masing-masing, ia tidak semestinya kesan positif tetapi sering kali kesan negatif yang mampu menjatuhkan suami sendiri.

Saya tidak menuju ulasan atau teguran ini kepada isteri Perdana Menteri atau menteri tertentu. Saya menggunakan hak untuk mengulas dan memberi pendapat secara umum seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Jika ada sesiapa yang terasa pedasnya, ia adalah kerana dia yang memakan cili padi. Terserah.



14 comments:

Anonymous said...

Sdr Imran,

Semenjak dua menjak ini Kabinet Najib telah jadi kelam kabut. Jantan dan jadi betina dan betina pula dah naik tocang.Buat pertama kali dalam sejarah, seorang isteri PM mewwakili suaminya dan membaca pula tek ucapan Perdana Menteri.Kita mesti paham ucapan PM adalah dasar negara, apa PM kata adalah satu dasar yang mesti dipatuhi. Isteri PM dalam ucapan yang dibacanya itu menyatkan bahawa Kerjaan akan bantu kaum India, ini dasar. orang India boleh tuntut jika mereka tioRosdak dibantu. Esok lusa banyak lah isteri-yister menteri, timbalan menteri termasuk suami menteri dan timbalan menteri akan mewakli suami/isteri jika suami/ isteri tidak dapat hadir pada majlis yang ditetapkan. Ahli-ahli Parliman dan DUN juga boleh mewakili isteri/suami masing-masing jika suami/isteri tidak dapat hadir bersidang. Jika isteri/suami juga tidak dapat hadir surah anak cucu wakilkan. Pilihanraya keciol juga tidak perlu diadakaan jika seseorang MP>Adun MENINGGAL KERFANA ISTERI/SUAMI/ANAK-ANAK MEREKA BOLEH GANTI. Jimat duit rakyat, SPr dan Polis pun senang kerja.Inilah 1Malaysia, semua boleh.

Orang Pencen

Tuan Senang Besar said...

Hahahaha!

Pedassssss :)

Syed Imran said...

Orang Pencen,

Sebagai seorang pencen, saya kira saudara seorang pesara kerajaan yang memahami selok-belok pentadbiran di negara ini, kebimbangan saudara amat saya fahami. Benar apa yang saudara katakan terutama berkaitan ucapan seorang Perdana Menteri. Saya pun hairan kenapa PM tidak diwakili oleh timbalannya atau salah seorang menteri yang merupakan anggota pentadbiran. Saya juga tertanya-tanya sama ada barisan pegawai di JPM telah memberi nasihat sewajarnya atau tidak kepada PM mahupun isterinya. Saya bimbang satu hari kelak, isteri menteri kewangan akan mewakili suaminya untuk berucap mengenai dasar fiskal negara atau isteri menteri dalam negeri mewakili suaminya merasmikan persidangan ketua-ketua polis dan menyentuh tentang soal keselamatan negara.

Tuan Senang Besar,

Memang pedas bagi mereka yang berkenaan.

Anonymous said...

Peristiwa ini adalAh salah satu intipati "1 Malaysia" NKRA iaiu N kerja R arah..bermaksud jika seseorang pegawai kerajaan sakit,maka isterinya boleh wakili suaminya didalam majlis rasmi untuk membuat ucapan dasar...bermaksud juga 1 Malaysia jika Pengetua sekolah sakit ,isterinya boleh menjalankan tugas mesyuarat dan lain-lain menggantikan suaminya sementara maka inilah '1 MALAYSIA".
Vanakkam...kepala pusing sudah!

Syed Imran said...

Ya, di Malaysia sekarang semuanya boleh!

nur baiti said...

selepas ini kalau tuan /puan doktor sakit,isteri/suami mereka boleh ganti utk bedah pesakit ke..

kasihan mr piem kita yang semakin hari nampak semakin bodoh(termasuk timbalan dan menteri2 lain),kerana gara2 seorang wanita,yang berlagak seperti wakil pilihan rakyat.

zane said...

Alhamdulillah..ramai yg dah sedar betapa busuk pemimpin ke dah naik kepala!

Tidak pernah lagi dalam sejarah negara, seorang isteri PM bertindak lebih besar dari suami! teliti sejarah mahathir, pernahkan Dr Siti hasmah menggantikan mahathir selaku ketua kerajaan malaysia di mana-mana? Tidak pernah! Beliau hanya digantikan timbalannya tak kiralah siapa; dari musa ke ghafar ke Anwar ke Pak lah.

Najib dan Rosmah memalukan!!

adila said...

Salam Tuan Syed,

Memang la kena lagu tu..sebagai isteri mithali..dah tentulah DS Rosmah kena ambik berat pasai urusan suami dia..takkan nak suruh tetamu atau rakan suami dia balik lagu tu je..kena la layan depa..tak salah kut? Inikan rumah suami dia..rumah dia jugak..pasai apa nak suruh jiran dia layan tetamu suami dia? Haa..jawab..jangan tak jawab!

Anonymous said...

Salam..

Rosmah.. Rosmah.. Kasihanilah kepada mereka yang bertungkus lumus untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN. Mereka bekerja siang dan malam untuk mempertahankan kerajaan BN. Tapi sayang,semuanya bakal musnah hanya kerana.. Rosmah!

Orang UMNO

Anonymous said...

Macam mana nak menang Undi balik untuk BN cam ni. Memang setuju dengan Anon 6.08pm. NKRA nampaknya pentadbiran Piem.

Syed Imran said...

Adila,

Pengulas lain dak jawab kemusykilan cek.

Anonymous said...

Cik Adila ooiii..

Ni berkenaan dengan negara. bukannya rumahtangga. Dalam kerajaan, kita ada menteri serta timbalan menteri. Kalau PM kurang sihat atau pun keluar negara, beliaukan masih ada timbalannya untuk memangku tugas beliau. yang si bini nak dok buat sibuk tu pasai apa? pi jaga rumahtangga sudah la..

Mungkin cik adila ni selalu dok pi menyibuk kat ofis suami cik adila kot? kalau betul, cuba tanya staff kat ofis suami cik adila. adakah cik adila ni seorng isteri mithali? mungkin mereka senyum dan tak kata apa2.. tapi dalam hati cuma ada satu perkataan saja.. MELUATNYA!!!!


Orang Belum pencen

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,

Mungkinkah posting ini sedikit sebyk ken a mengena dgn pengalaman sendiri dahulu, e.g. isteri menteri suka dok menyibok d tempt keje sang suami.

Nampaknya mslh lama masih membelenggu. Sang Isteri masih "lebih kuah dari sudu"...la ni dgaq kata depa dok sakan lag, kalau Ada gambaq kat suratabaq mesti maw keluaq jugak muka bini, nail pentaih sama2 bab tu telaah la depa kata, kit pon dok tgk....

Bila la nak sedaq??

Din Tunjang, Kedah...

Fadzil said...

Pedas tapi sedap...