Monday, March 08, 2010

Pilihan raya kerajaan tempatan


Keterangan gambar: Lambang atau Perisai City Council of George Town (CCGT), pihak berkuasa kerajaan tempatan pertama di Malaysia yang dikekalkan hingga sekarang.


Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan semula pilihan raya untuk melantik ahli menduduki majlis kerajaan tempatan.

Pendirian Najib mudah difahami walaupun dia memberi alasan bahawa pilihan raya peringkat kerajaan tempatan hanya akan menambah orang berpolitik atau politiking. Ia ada kebenarannya kerana di Malaysia berpolitik berlebih-lebihan menjadi lumrah kerana hampir semua urusan dikaitkan dengan politik, umpamanya perlantikan untuk lembaga dan badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pemberian tawaran kerja atau tender dan pemberian kontrak.

Saya kurang setuju dengan alasan Najib berasaskan kenyataan dan sejarah pilihan raya kerajaan tempatan.

Bayangkan parti mana yang akan menguasai kerajaan-kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Ipoh, dan Kuala Lumpur sekiranya pilihan raya diadakan?

Lihat saja keputusan saban pilihan raya umum yang membabitkan kawasan-kawasan undi dalam bandar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, khususnya. Di KL hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan parti Barisan Nasional, terutama DAP. Begitu juga di Pulau Pinang (bahagian pulau).

Oleh itu, jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli majlis Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang, saudah pasti akan dikuasai oleh parti bukan BN. Datuk Bandar akan dipilih dari kalangan pemimpin DAP atau PKR dan bukan dilantik dari kalangan penjawat awam seperti sekarang. Sudah tentu Najib ataupun kepimpinan UMNO tidak dapat menerimanya.

Sejarah pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis kerajaan tempatan di Pulau Pinang membuktikan kenyataan tersebut.

Saya perturunkan sejarah penubuhan kerajaan tempatan di Pulau Pinang yang menyaksikan pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis pentadbiran dibuat buat pertama kalinya di Malaysia.

Pihak pentadbiran penjajah Inggeris telah menubuhkan "Municipal Council of George Town" pada tahun 1857, iaitu pihak berkuasa tempatan atau kerajaan tempatan yang pertama ditubuh di Tanah Melayu.

Keterangan gambar: Rumah Allahyarham Syed Mohamad Al-Attas, salah seorang pemimpin/pedagang keturunan Arab yang kini dijadikan Muzium Islam Pulau Pinang. Kewujudan rumah ini dan beberapa harta lain milik orang Islam dalam kawasan bandar raya membuktikan peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan George Town.


Pada bulan Disember 1956, pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis Perbandaran George Town, iaitu buat pertama kali di Malaya. Majlis yang dipilih sepenuhnya oleh rakyat itu kemudian bersidang pada 2 Januari, 1957 dan memilih seorang peguam mewakili MCA/Perikatan, G.H.Goh selaku Presiden mengalahkan D.S. Ramanathan dari Parti Buruh (Labour Party). Pemilihan itu dibuat bsehari selepas Ratu Elizabeth II menganugerah taraf bandar raya kepada George Town, bandar pertama di Timur Jauh yang diberi pengiktirafan itu.

Berikutan taraf George Town dinaikkan sebagai sebuah bandar raya, maka ahli-ahli majlis yang dipilih rakyat yang majoritinya terdiri daripada Parti Buruh telah memilih Ramanathan sebagai Datuk Bandar pertama.

Pilihan raya majlis kerajaan tempatan George Town diadakan mengikut jadual dan ia dikuasai oleh gabungan dua buah parti berhaluan kiri dan pro-komunis, iaitu Parti Buruh dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) yang membentuk Barisan Sosialis atau Socialist Front.

Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai oleh Parti Perikatan yang diterajui oleh MCA di Pulau Pinang. Kawasan di luar pentadbiran Majlis Bandar Raya ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) yang ahlinya tidak dipilih oleh rakyat tetapi dilantik.

Berikutan tercetusnya Konfrontasi Indonesia dan atas alasan keselamatan, Kerajaan Persekutuan telah menggantung pilihan raya kerajaan tempatan, iaitu pada tahun 1965 dan setahun kemudian peranan atau tugas Majlis Bandar Raya George Town dipindahkan ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada tahun 1974, sebuah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan atau Local Government Management Board diwujudkan untuk mentadbir sebuah majlis perbandaran yang meliputi keseluruhan pulau. Setahun kemudian MDLB dibubar untuk diletakkan di bawah sebuah majlis kerajaan tempatan yang baru, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Anehnya, taraf George Town sebagai sebuah bandar raya masih kekal tetapi tanpa sebuah majlis pentadbiran yang sepatutnya.

Kedudukan George Town sebagai sebuah bandar raya tunggal di Malaysia kekal dari 1957 hingga 1972 apabila Kuala Lumpur dimasyurkan sebagai sebuah bandar raya, iaitu yang kedua selepas George Town.

Sekiranya kita mendukung amalan demokrasi secara menyeluruh dan betul, maka pilihan raya untuk memilih ahli-ahli majlis kerajaan tempatan seharusnya diadakan. Rakyat atau pengundi seharusnya diberi hak untuk memilih wakil mereka dan bukan dibuat secara lantikan seperti sekarang.

Kita sedar sekiranya pilihan raya diadakan untuk kerajaan tempatan, amat sukar bagi BN untuk menguasainya di Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur tetapi itulah sesuatu yang seharusnya dihadapi dan diterima oleh sebuah gabungan parti-parti politik yang dikatakan juara rakyat.

Pilihan raya kerajaan tempatan juga dapat menguji dan memberi jawapan sebenar sejauh mana rakyat menerima konsep atau semangat juang 1 Malaysia.



7 comments:

Nadim...... said...

Datuk Syed,

tima kasih sebab citer skit pasal sejarah pilihanraya di P. Pinang dan sebab2 mengapa Datuk Najib tak mahu pilihanraya tempatan diadakan.

pasal Barisan Sosialis ni apa pendapat Datuk Syed tentang Islam dan sosialisma? Terbaca skit masa melayar laman web pimpinan PAS. entahlah, ada org yg cakap sosialis ni selaras dengan Islam ada yg tidak. Setahu saya puak sosialis yg aktif melawan Palestin melawan regim zionis sejak awal2 lagi......

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Politiking adalah budaya negara ini dan mengapa pula YAB PM tidak benarkan? Rakyat berhak memilih wakil masing-masing dari peringkat kampong, daerah, tempatan, adun dan parlimen. Ini barulah dipanggil demokrasi.Pada arah menjadi sebuah negara maju, amalan pilihanraya untuk semua peringkat adalah satu kepastian agar rakyat boleh menentukan wakil masing-masing.Amalan sekarang melalui perlantikan hanya menunjukkan wakil PBKT adalah orang pro pemimpin/kerajaan.

bakal calon

Unknown said...

Bakal Calon,

Jelas sekali PM bimbang BN sukar menguasai kerajaan tempatan melalui pilihan raya.

Nadim,

Banyak fahaman sosialis yang sebenarnya ada persamaan dengan ajaran agama kecuali yang menidakkan keesaan tuhan.

kacapermata said...

bro syed,
saya melihat terlalu banyak politiking yang berlaku di negara ini selepas pilihanraya umum 2008 dahulu. nampaknya pakatan rakyat masih belum boleh menerima keputusan pilihanraya umum bahawa bn masih memerintah kerajaan persekutuan. sekiranya di peringkat kerajaan tempatanpun mahu dibuat pilihanraya, gayanya rakyat setempat susahlah nak cari makan kerana asyik berpolitik sahaja - tak kiralah samada menyokong bn ataupun pr. tak perlulah kita mengikut jejak di sesetengah negara maju di eropah. sedarlah masyarakat kita ni bukan maju lagi kerana ada pihak yang tak boleh menerima keputusan majoriti- yang pentingnya matlamat menghalalkan cara! seharusnya yang kalah terimalah keputusan majoriti dan bersama-sama berusaha untuk membangunkan negara malaysia dan bukannya asyik mengkritik sahaja. nak main politik tunggulah menjelang pilihanraya umum akan datang. ini tidak, siang malam asyik kerajaan bn tak betul sahaja seolah-olah merekalah yang hebat.

Unknown said...

Kacapermata,

Namapun kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan dan apabila disebut sedemikian ia mestilah dipilih oleh rakyat, iaitu pengundi, jika kita mengikut amalan demokrasi.

It is a mockery of democracy for a civil servant to head a local government comprising of politicians. Eg the Mayor or Datuk Bandar is a civil servant whereas the advisory board members or Councillors are political appointees.

In Penang, the President of the Municipal Council is a civil servant and the Councillors are political appointees. It is a mockery of democracy.

The Councillors must be elected by the people and they in turn elect the mayor or president of the municipality. That is what democracy is all about. When you talk of democracy, you cannot avoid politicking, whether you like it or not.

IES Agencies said...

if we really want to make sure democvracy works, lets have really small constituency, no more than 500 voters, so that we know our wakil and no party can enter..lets try that so that everyone can vote with their conscience - I think that was the original idea of democracy ... party politics democracy is a bastardisation of the idea of democracy


BEBASKAN MALAYSIA

on another note - here is somethign rather funny

KJ's top cybertrooper has 'revealed' to me KJ's latest achievement,

nak tau ape bacalah di SINI

I guarantee you will like this posting

If you don't laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today

Unknown said...

Shamsul Yunus,

Thank you. I hope my small number of blog followers will read the posting and enjoy doing so.