Monday, January 25, 2010

Ghazali Shafie - antara anak Melayu yang amat pintar


AL-FAATIHAH.

Takziah atas pulangnya ke-Rahmatullah seorang anak bangsa Melayu yang tergolong antara mereka yang benar-benar pintar, insan yang berjasa besar kepada bangsa dan negara serta agama, insan yang begitu tegas dan penuh beramanah, insan yang begitu membenci amalan rasuah, salahguna kuasa dan kedudukan dan yang mengutamakan kerja dengan penuh dedikasi, insan yang bernama Ghazali Shafie.

Kepemergiannya ke alam akhirat sememangnya sukar dicari ganti kerana setakat ini tiada insan lain sama ada dalam Jemaah Menteri (Kabinet) mahupun dalam kepimpinan Perkhidmatan Awam yang sehebat dan sepintarnya. Tiada.

Saya amat bertuah kerana dengan izin Allah pernah berinteraksi dan sedikit sebanyak mengenali insan pintar ini semasa bertugas dengan Bernama. Pengalaman itulah yang membuatkan saya berani menegaskan bahawa tiada insan lain dalam barisan kepimpinan negara sekarang, sama ada politik ataupun perkhidmatan awam, yang sehebat Tun Ghazali Shafie.

Semoga Allah merahmati ruh Allahyarham dan menempatkannya bersama-sama ruh hamba-hamba-Nya yang soleh. - Amin

3 comments:

Anonymous said...

Al Fatihah,
Pemergian King Ghaz menyusuli kira2 dua bulan selepas pulangnya ke Rahmatullah ibu saudara kesayangannya.

Hambali ® said...

Alfatihah.

Selaku seorang penjawat awam yang masih hijau, ketokohan, ketegasan dan kegarangan beliau dalam servis amat saya kagumi.

Biarpun hanya mendengar cerita dari orang-orang lama dalam perkhidmatan awam berkenaan dengan tun, tapi dah cukup memberi gambaran berkenaan allyarham.

umar said...

Tan Sri Ghazali Shafie semasa menjadi Menteri Dalam Negeri menahan Sidiq Ghause yang ketika itu setiausaha Dr.Mahathir dalam ISA.
Sampai sekarang tak pula dengar kisah Sidiq Ghause.
Dr.Mahathir bebaskan dia setelah beliau jadi PM. Dr.Mahathir pinggirkan Tan Sri Ghazali setelah insiden pesawat terhempas di Janda Baik.Malangnya nasib seorang senior UMNO begitu mudah dilupakan. Beliau tidak bersuara apabila UMNO bertelagah dengan Semangat 46.
Hampir 25 tahun beliau di senyapkan oleh pihak berkuasa.Beliau sering dijemput di Universiti Singapura untuk syarahan ASEAN. Pak Lah yang memberikan kehormatan kepada King Ghaz dengan gelaran Tun.
Semuga Allah rahmatinya. Al Fatihah