Wednesday, January 27, 2010

Isu berkaitan agama perlu ditangani segera

Isu berkaitan agama nampaknya memasuki batasan amat serius dan genting apabila ia menular kepada perbuatan yang boleh mencetuskan kemarahan dan huru-hara jika tidak ditangani segera.

Selain perbuatan cuba membakar gereja dan kemudian surau, kini mereka yang tidak bertanggungjawab bertindak dengan lebih berani apabila melontar kepala babi ke dalam kawasan dua buah masjid di Petaling Jaya.

Dua kepala babi ditemui dalam kawasan Masjid Taman Dato' Harun dan Masjid Taman Seri Sentosa awal pagi ini.

Perbuatan tersebut, jika tidak ditangani segera oleh pihak berkuasa terutama polis, boleh mencetus tindak balas dan kemungkinan besar huru-hara. Inilah yang mesti dielakkan kerana majoriti rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama, ingin hidup dalam suasana aman, damai dan selamat.

Pihak polis semestinya memandang serius perbuatan jenayah yang membabitkan rumah-rumah ibadat tanpa mengira fahaman agama dan kita yakin akan kemampuan polis.

Perbuatan melaku musnah dan mencemar kesucian rumah-rumah ibadat jauh lebih berbahaya daripada perbuatan menghina sesuatu institusi tertentu oleh seseorang individu.

Jika polis sanggup menubuhkan pasukan petugas khas untuk menangani satu perbuatan yang mudah dikesan dan ditangani, seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Johor baru-baru ini, kita tidak nampak kenapa pasukan petugas khas Bukit Aman tidak boleh ditubuh untuk menangani isu yang jauh lebih serius yang melibatkan agama.

KPN Tan Sri Musa Hassan yang turut berada di salah sebuah masjid yang dilontar kepala babi, memberi perhatian serius dan kita percaya beliau akan bertindak segera sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

KPN Musa diminta segera menubuhkan sebuah pasukan petugas khas kerana isu ini sudahpun menular jauh dan mesti ditangani dalam kadar yang segera.

4 comments:

Anonymous said...

ini sudah lebeh ni....tak boleh biar ni..kalau tengok komposisi kaum di di jalan klang lama tu..kita boleh agak siapa punya angkara ni..dulu kat situ kecoh pun pasal dia orang ni jugak

Anonymous said...

Tuan...

Pada saya jika isu ini boleh menaikkan rating satu parti yg semakin uzur maka tindakan akan dilambat atau dipejamkan mata sebelah.

Banyak sangat dah kisah kisah yg lalu berlaku yg menggambarkan perkara macam ni.

Kalau dalam istilah wartawan inilah dipanggil 'SPIN' sampai habis.

Yg merana rakyat jelata yg dikotak katikkan.

Ah...rakyat Malaysia...kita mesti matang berfikir dan jangan terima bulat bulat apa yg dikata.

AntiDotDot

Syed Imran said...

Selalunya orang yang tidak berdosa dan yang tidak terlibat menjadi mangsa.

Anonymous said...

Salam hormat Sdr Kuda Ranggi,

Percikan api kemarahan diantara kaum dan rakyat di negara ini telah mula dihidupkan olih pelbagai pihak yg ada agenda dan kepentingan tertentu.Nampaknya usha untuk menyemarakkan api kebencian ini terus dilakukan dengan giat dan terancang.Akhirnya bencana kebakaran besar akan melanda negara ini ,melainkan pihak berkuasa bertindak tegas,berani dan tangkas untuk menangani dan membetraskan segala punca masalah sebelum api kebakaran menyala dan merebak keseluroh negara.

Disamping itu,rakyat negara ini yg masih cintakan kedamaian dan keharmonian perlulah berwaspada dan berfikiran waras supaya jangan mudah termakan hasutan dan dakyah yg bolih membakar sentimen perkauman dan agama.Kita semua perlu bertenang, dan buatlah apa yg termampu untuk membatu pihak berkuasa mententramkan keadaan supaya kita semua dan anak cucu kita nanti akan dapat terus hidup aman damai di negara tercinta ini.

Askar Tua