Monday, October 12, 2009

Amanat Presiden UMNO 1946-2009

Satu set enam buah buku yang menghimpunkan ucapan enam Presiden UMNO bermula daripada Dato' Onn Jaafar hingga ke Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berada dalam pasaran hasil terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.

Majlis pelancaran Siri Amanat Presiden UMNO - 1946 - 2009 - itu dilancarkan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Majlis pelancaran dihadiri oleh mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad dan waris almarhum Dato' Onn, almarhum Tunku Abdul Rahman, almarhum Tun Abdul Razak dan almarhum Tun Hussein Onn.

Mantan Presiden UMNO ke-enam, Tun Abdullah Ahmad (Pak Lah) tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan tiada pula sesiapa yang mewakilinya. Ketidak hadiran Pak Lah amat dirasai kerana ia membabitkan beliau secara langsung. Majlis pelancaran mungkin lebih meriah atau bersejarah jika Pak Lah hadir dan duduk semeja dengan Tun Mahathir sama seperti waris mantan presiden UMNO yang terdahulu.



Koleksi buku "Amanat Presiden UMNO" menghimpunkan amanat semua pemimpin tertinggi parti itu dari tahun 1946 hingga 2009 dan ia diyakini akan menjadi sumber rujukan bukan sahaja kepada ahli-ahli parti tetapi kepada rakyat keseluruhannya.



Tun Dr Mahathir yang tidak dijadualkan berucap bagaimanapun telah sudi naik ke pentas atas permintaan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A Kadir Jasin dan beliau sempat bercerita mengenai sumbangan penting semua mantan Presiden UMNO.

Sebanyak 13 pertubuhan dan agensi telah menempah beratus naskhah koleksi buku itu untuk diagih-agihkan kepada pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi tertentu untuk dijadikan bahan rujukan dan kajian.

Satu set enam buah buku koleksi amanat Presiden UMNO dijual pada harga RM200 dan boleh dibeli di pejabat Berita Publishing atau melalui pos kepada:

Buku Terbitan Berita Publishing,
Bahagian Pemasaran,
Berita Publishing Sdn Bhd.,
16-20 Jalan 4/109E, Desa Business Park,
Taman Desa, off Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur.

Antara petikan penting ucapan atau amanat almarhum Tunku berbunyi: "Tanggungan kita sekarang ialah berdamping rapat dengan rakyat jelata di merata-rata ceruk dan kampung kerana kemajuan UMNO pada hari ini semata-mata dengan sokongan daripada rakyat jelata".

Kata-kata almarhum Tunku seharusnya dijadikan satu ingatan dan pengajaran berguna oleh mereka yang bergelar pemimpin UMNO, tak kira di peringkat mana, jandainya mereka ingin mendapat sokongan rakyat. Jika mereka gagal berbuat demikian, kepimpinan mereka tidak bermakna kerana akan ditolak oleh rakyat.

Sebab itulah Dato' Seri Najib memilik cogan kata "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan bukan pangkat didahulukan, kekayaan diutamakan.

Almarhum Tun Razak berpesan: "Pemimpin UMNO hari ini menyedari benar-benar bahawa parti memerlukan pemimpin-pemimpin yang jujur, bersih yang dedicated yang taat setianya tidak berbelah bagi kepada parti dan rakyat".

Adakah mereka benar-benar sedar mengenai apa yang diamanatkan oleh Tun Razak itu?

Atau sedarkah mereka akan pesanan almarhum Tun Hussein Onn: "Janganlah kita sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk faedah dan kesenangan diri kita sendiri, kita mestilah ingat bahawa wang kerajaan adalah wang rakyat".

Setiap pemimpin UMNO di peringkat bahagian hendaklah memiliki koleksi Amanat Presiden UMNO dan baca dan amalkan apa yang diamanahkan oleh enam orang mantan Presiden UMNO. Janganlah jadikan koleksi buku itu hiasan dalam almari atau rak buku di pejabat mahupun di rumah.


9 comments:

mr edz said...

itu pesanan tinggal pesanan sahaja

Anonymous said...

Satu usaha yang murni dlm memperkukuhkan semula UMNO. Tetapi malangnya, para pemimpin UMNO sekarang. tidak dapat meresapi perjuangan UMNO dan intipati perjuangan parti dan arah tuju yang akan dibawa oleh presiden parti.Pimimpin UMNO sekarang lebih terikat ada pada perjuanngan peribadi, kroni dan sahabat dalam merebut peluang kemewahan duniawi.

Qaseh Bonda said...

Pakat2lah dok syok sendiri...padahal negeri2 di Semenanjung ni cuma tinggai belah2 anak2 negeri yang tak dak jati diri dok sokong UMNO...

Sedang kami yang tok tok wan orang UMNO pun dah lama dah say NO to UMNO...
Kami tak mahu menghampakan arwah2 tok wan kami yang punya semangat juang yang tinggi...
Apapun Tahniah pada ISA SAMAD yang tak kan tunduk pada telunjuk UMNO lagi tapi kembali membangunkan rakyat di kawasan dia..

Pi sembang pakat2 jamu makan free di hotel kelas bawah memang trend UMNO dari dulu kini dan selamanya..

Selamat gebang bergebang...entah2 nak bahas pun cuak gila..

Anonymous said...

Entahlah Tuan Syed...buku macam ni dah tak dak stim lagi, tapi boleh digunakan untuk prelude sebelum tidur. Cukup bagus untuk penghidap insomnia.

sri hartamas

tabuan said...

akm tuan, bila nak pi kena TEA tarik kat kelawai..saya selalu dok pi minum tang depan flet tu..berhampiran kedai kari kepala ikan...

Anonymous said...

Maaflah terkeluar dari tajuk.
ttp kerna mantan PM Tun M akan hadir pada persidangan UMNO kali ini sebagai tetamu khas, aku nak tanya sikit pasal dia cakap Kelantan contoh kegagalan PAS.

Apa maksud dia 'gagal' dalam konteks apa. Suka-kah bangsa Melayu atas nama kemajuan dan pembangunan, hak mereka, tanah pusaka mereka diambil.

Tun M pernah kata CABUT semua bangunan yang ada di KL, lihat saja berapa atau apa yang tinggal adalah MILIK Melayu.

Dalam soal ini, saya kerajaan Kelantan adalah satu anugerah kepada bangsa Melayu. Banyak bangunan di Kota Bharu adalah milik Melayu.

Bandar2 lain tak usah cakap. Di Pulau Pinang, tanah wakaf Melayu pun depa kebas. Jitra dalam Parlimen Kubang Pasu yang diwakili Tun M, bangunan2 baru yang naik dimiliki bangsa asing. Yang mampu dibeli Melayu boleh dibilang dengan jari.

Betul, bangsa asing memajukan apa saja yang diberikan kepada mereka. Bagi bukit dia buat kasino, bagi projek, tanah dia develop dan generate macam2. 50, 100 tahun lagi apa yang tinggal. Melayu tinggal nama sahaja. Ini bukan masalah takut bersaing. Dah nama Tanah Melayu....apa laa

Unknown said...

Tabuan,

Tu kampung saya dulu. Kedai tu dulu dikendalikan oleh Moorthy. Dia nak tak dak. Dulu nak makan tose di kedai tu. Flet tu dulu sekolah Melayu di mana saya belajar dari darjah satu hingga empat sebelum ke sekolah Westlands Primary.

Unknown said...

Sri Hartamas,

Boleh buat kajian perbandingan iaitu ucapan tiga presiden terdahulu - Dato Onn, Tunku dan Tun Razak - dengan presiden selepas mereka. Jika diteliti kita akan dapati keikhlasan perjuangan/perkhidmatan di bawah tiga pemimpin terdahulu itu. Malangnya, selepas UMNO diisytihar sebuah pertubuhan tidak sah (haram), maka bermulalah hal-hal yang bertentangan dengan semangat perjuangan asal parti itu - antaranya rasuah, salahguna kuasa, gila pangkat dan berebut jawatan.

Unknown said...

Orang Kelantan semestinya bangga dengan apa yang ada di bumi bertuah itu.

Biasalah bagi orang yang bermusuhan untuk memperkecil-kecilkan kemampuan, kebolehan dan pencapaian musuhnya.