Saturday, July 18, 2009

SPRM mesti bersikap adil dan saksama

Tragedi yang menimpa seorang pembantu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor membabitkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dipandang ringan. Ia melibatkan nyawa manusia dan bukan isu politik atau ras.

Kematian seorang yang dikatakan saksi dalam siasatan SPRM adalah luar biasa dan mesti disiasat dan diambil tindakan.

Kebelakangan ini, SPRM nampaknya cepat membuka kertas siasatan ke atas mereka yang berada di pihak tertentu. Siasatan terus dijalankan walaupun ia berasaskan dengar khabar dan tuduhan tidak berasas.

Kes-kes yang membabitkan pihak yang berada atau menyokong parti pemerintah termasuk seorang mantan besar semacam tidak penting dan dilengah-lengahkan sedangkan yang membabitkan pentadbiran negeri bukan BN, segera dan cepat disiasat.

Itulah gambaran yang dapat dibayangkan oleh orang ramai.

Dalam kes membabitkan wakil rakyat Selangor dari Pakatan Rakyat, nampaknya SPRM begitu cekap dan pantas bertindak sehingga orang yang dikatakan saksi, bukan yang disiasat, terpaksa menghadapi siasatan sehingga melewati pukul 3.30 pagi.

Kenapa orang yang dikatakan saksi dipaksa menjalani siasatan yang didakwa dilakukan secara kasar dan dicampur ugutan, sedangkan dia bukan orang yang disiasat. Adakah ini cara yang boleh dianggap sebagai adil dan saksama dan selari dengan hak asasi yang dijaminkan oleh Perlembagan dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

Sebagai sebuah institusi yang dikatakan bebas dan tidak memihak, SPRM mesti memperlihatkan kebebasan dan kesaksamaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Jika benar dan bersungguh-sungguh ingin membanteras penyalahgunaan peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui wakil rakyat seperti yang dikatakan sedang disiasat ke atas beberapa orang wakil rakyat di Selangor, SPRM mesti bersikap adil dan tidak memilih untuk melakukan siasatan secara pilihan (selective).

SPRM mesti menyiasat secara rambang semua wakil rakyat, tak kira dari BN ataupun PR, kerana kita percaya penyelewengan berlaku di mana-mana terutama dalam pelaksanaan projek pembangunan kecil di satu-satu kawasan pilihan raya Parlimen.

Kita tahu bahawa setiap wakil rakyat BN, diperuntukkan sejumlah wang untuk menampung pembiayaan projek-projek pembangunan dan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Adakah wang yang diperuntukkan itu dibelanja secara jujur dan amanah atau sebaliknya berlaku penipuan, penyelewengan dan disalahguna?

SPRM semestinyalah menyiasat sama ada peruntukan yang diagihkan kepada satu-satu kawasan pilihan raya Parlimen itu disempurnakan tanpa amalan rasuah yang mencakupi isu penyelewengan dan salahguna kuasa. Setahu saya, tiada siasatan dilakukan sedangkan SPRM mempunyai petugas yang mencukupi untuk berbuat demikian.

SPRM tidak hanya boleh digahkan sebagai sebuah badan siasatan amalan rasuah yang bebas tetapi ia mesti memperlihatkan kebebasan sebenar dengan tidak dilihat sebagai hanya menjalankan siasatan pilihan.

SPRM bukan bertugas atau bertindak mewakili mana-mana parti politik tetapi mewakili rakyat jelata dan ia mesti memperlihatkan yang ia benar-benar bertindak atas landasan yang betul.

Keberkesanan SPRM masih belum menyerlah dan memberi keyakinan penuh kepada rakyat. Kita tidak ingin melihat SPRM tidak lebih daripada "paper tiger" yang hanya gah dengan kenyataan-kenyataan media, kita mahu melihat SPRM gagah dan berani seperti seekor "harimau Malaya" yang tulen.

Kita percaya SPRM mampu berbuat demikian, jika ia mahu.


23 comments:

Anonymous said...

SPRM adalah institusi yang amat penting untuk menangani masalah yang boleh dikatakan paling besar di negara ini iaitu masalah rasuah.

Jika SPRM gagal maka negara kita akan selamanya menjadi negara dunia ketiga dan kita akan gagal mencapai wawasan 2020 ataupun wawasan 2057.

Setakat ini kepercayaan kepada SPRM dalam mata rakyat sudah luntur, nampaknya tidak ada peningkatan dengan BPR.

Tidak nampak ianya seperti satu badan yang bebas dan ianya lebih kepada berat sebelah.

Rakyat negara sekarang sudah celik ilmu dan celik IT. Perkembangan yang berlaku dari semasa-semasa akan diperhatikan dan penilaian akan dibuat.

Jay Bee

Anonymous said...

Artikel ni salah. Cepat @ lambatnya kertas siasatan dibuka bukannya isu utama. SPRM telus dlm amanahnya. Spt contoh Khir Toyo. beliau juga disoal siasat. Jika tiada bukti kukuh, adakah beliau patut dihukum. Biar SPRM jalankan tugas mereka. Kita, patut banyak berdoa agar keadilan dapat ditegakkan.

_______________________
View Profile: Rantong™

Unknown said...

Rantong,

Anda tidak tahu kedudukan sebenar kes Khir Toyo.

Tidak pernah berlaku di Malaysia dan mungkin di dunia dimana orang nombor dua dalam sebuah pentadbiran menulis surat kepada institusi pencegahan rasuah berkaitan salahlaku oleh orang nombor satu. Ia berlaku ke atas Khir Toyo dan orang yang menulis surat adalah timbalannya ketika itu, Dr Zainal Abidin Ahmad, sekarang MP Ulu Selangor (PKR). Tiada tindakan diambil oleh BPR (sekarang SPRM) untuk mendakwanya sedangkan buktinya jelas.

Saudara juga tidak tahu kenapa mantan KP BPR Datuk Ahmad Zaki ditukar selepas hanya dua tahun berkhidmat dan diganti oleh seorang pegawai polis (Datuk Zul) yang kewibawaanya pernah dipersoal oleh seorang mantan pegawai kanan BPR sendiri.

Anonymous said...

Tuan...

Kaedah penyiasatan telah banyak berubah di merata dunia dan kaedah kaedah yg mendera tidak lagi patut digunakan.

Kalau mengikut laporan polis saksi kes Norza dan yg terbaru nampaknya penyiasat kita masih lagi menggunakan kaedah yg tidak sepatutnya.(Tak tau kes ni masih dalam siasatan atau senyap sahaja).

Kita tidak mahu dalam pada kita mengutuk penderaan di Guantanamo Bay tetapi penderaan yg sama sedang,telah dan akan kita lakukan.

Sudahlah kita diiktiraf pengamal penyeludupan manusia untuk ekploitasi kerja dan sebagainya.

Adakah kita ingin diiktiraf sebagai negara yg kejam amalan siasatannya.

Mungkin tidak semua tetapi nama sudah busuk dan sampai bila orang tidak akan percaya kewibawaannya.

Jared

Non-partisan said...

Sumber kewangan manakah diperolehi wakil-wakil rakyat BN sendiri bagi peruntukan pembangunan bagi di masing-masing?

Saya kurang arif tentang perkara ini. Kalau bukan dari peruntukan kerajaan tentu ianya dari poket sendiri atau dari dana parti. Kalau inilah puncanya timbul persoalan bagaimana parti-parti komponen BN boleh mengumpul sebegitu banyak dana. Tidak kah SPRM berminat menyiasat?

Juga persoalan-persoalan yg sdr bangkitkan adalah amat relevan. Saya khuatir tindakan SPRM yang kelihatan tidak adil dan saksama akan mempercepatkan talkin dibacakan ke atas UMNO/BN.

Unknown said...

Jared,

Benar apa yang saudara perkatakan.

Non-partisan,

Wang rakyat, iaitu peruntukan melalui Pejabat Pembangunan Negeri yang terletak di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

Saya tak faham berkenaan satu perkara.

Daripada beberapa kes insiden siasatan samada siasatan PDRM mahu pun SPRM, saya dapati satu perkara tak senonoh dilakukan iaitu DIBOGELKAN.

Adakah ianya sesuatu prosedur untuk menyiasat? Dalam pada itu kita juga pernah mendengar yang mereka (penyiasat) mengugut untuk menahan isteri orang yang sedang disiasat dan akan bogelkan sekiranya orang yang sedang disiasat itu tidak "bersetuju" dengan "kehendak" pihak penyiasat.

Kenapa pihak tersebut berkelakuan seperti orang yang tidak berpendidikan dan tidak keterlaluan sekiranya saya menyatakan berperangai seperti binatang. Saya percaya Tuan Syed masih ingat lagi mengenai isu wanita dari China yang dipaksa ketuk ketampi dengan berbogel.

Kenapa "Kuman Seberang Laut Kita Nampak, Bangkai Gajah Depan Mata Tidak Nampak". Kalau Guantanamo Bay, kita hentam habis-habisan tapi yang terjadi dalam negara kita, ianya dikatakan sebahagian daripada siasatan....

Kalau nak siasat, siasat saja lah, kenapa mesti DIBOGELKAN??? Dalam hal ini, apakah hak orang yang sedang disiasat tersebut?

Diharap Tuan Syed, sudi berkongsi pandangan dan pengetahuan berkaitan isu ini. Terima kasih

Unknown said...

Pihak penguatkuasa undang-undang di negara ini masih melakukan kaedah siasatan seperti yang saudara katakan. Pukul dan ugut adalah biasa bagi mereka.

Saudara menyebut kes wanita "Cina" yang dibogel dan dipaksa ketuk ketampi, sebenarnya wanita itu adalah wanita Melayu. Saya tidak tahu kesudahan kes samannya terhadap pihak berkenan.

Tiada banyak bezanya antara kita dengan Gitmo atau Teluk Guantanamo.

Kes tahanan mati dipukul masih belum selesai.

Orang yang melakukan siasatan seharusnya lebih pintar daripada orang yang disiasat. Kepintaran tidak memerlukan kaedah penyeksaan atau ugutan. Malangnya inilah kelemahan pihak yang menyiasat walaupun kita kini berada pada zaman siasatan forensik yang merangkumi profil DNA.

Non-partisan said...

Tuan Syed,

Wang rakyat tu wang kita jugalah. Apakah semuanya pergi ke pembangunan untuk golongan marhaen?

luah fikiran said...

Kredibiliti SPRM teruji sekarang ini. Pelbagai pihak yang mempersoalkan kejujuran, ketelusan dan keadilan agensi ini. Tak pasti samada pihak-pihak ini mewakili suara majoriti rakyat! Kini terserah kepada SPRM untuk membuktikan mereka ini benar-benar adil, saksama dan bukan alat kepada sesuatu pihak. Setakat ini, saya tidak mahu melabelkan apa-apa. Kita sendiri kena bersikap adil dan bersedia memberikan mereka ruang dan peluang untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Pihak polis pula kena siasat habis-habis dan terbaik mungkin. Selepas itu barulah kita buat kesimpulan.

Mat Ireland said...

Ada banyak lagi cerita di sebalik kematian TBH ini.

SPRM tak untung pun dari kematian ini. SPRM brutal tapi tak se brutal sampai ke kes bunuh. Tak perlu bunuh pun....Kalau betul la SPRM yang bunuh, pegawainya yang majoritinya ex police officers pasti tahu macam mana nak sorokkan mayat dan sebagainya. Masa pun ada banyak.

Gengster yang dituduh oleh Azmin Ali sama geng dengan DAP, sama geng dengan datuk2 UMNO jugak. Kalau investigate lebih2, dua-dua akan terkantoi. Inilah kebarangkalian yang lagi nampak ketara sebenarnya.

Namun, DAP lantang mempolitikkan isu ini dan parti PKR lain terlampau pantas bersuara. Isu gengster terus senyap!

All warfare is based on deception. Hence, when able to attack, we must seem unable; when using our forces, we must seem inactive; when we are near, we must make the enemy believe we are far away; when far away, we must make him believe we are near. Hold out baits to entice the enemy. Feign disorder, and crush him.
- Sun Tzu, the Art of War

azienmat said...

SPRM kasar mungkin boleh diterima, tapi kasar sehingga boleh membunuh itu adalah tidak rasional! Membunuh saksi utama adalah tidak relevan walau apa juga alasan yang diberikan termasuk supaya saksi mengikut arahan SPRM.

So, kita nak kata dia bunuh diri atau SPRM yang menyebab kematiannya? Atau Perasuah yang disiasat SPRM punya kelaku.

Saya berat mengatakan dia bunuh diri (spt laporan awal polis 'mati mengejut'). SPRM & bos-kengkawannya adalah penyebab kuat atas apa yang berlaku.

askar melayu said...

Syed
Jadi apakah kedudukan sebenar kes Khir Toyo? Are you privy to certain information that others in authority don't? Sementelah kita bercakap tentang rumah, kediaman peribadi Khalid juga bukannya rumah teres golongan menengah rendah. Adakah beliau amat cekap berniaga hingga dapat harta berjuta? Juga Azmin yang tak juga kurang bergaya seperti mentornya di Bukit Segambut.

Tetapi seperti Rantong, saya juga mungkin tidak tahu kedudukan sebenar. Care to enlighten?

Unknown said...

Askar Melayu,

I am not referring to the bungalow or some other recent allegations.

It was during his Mentri Besarship. It was no secret as far as the then PM, DPM and Minister in the PM's Department were concerned. The letter writtent by Khir Toyo's then deputy MB (Dr Zainal) and directed to the then BPR DG with copies to the leaders mentioned. It was, as far as I know, a crystal clear case (offence) under the anti-corruption act but no action was taken.

Apart from that letter, journalist Ahmad Lutfi Othman submitted at least eight reports to the BPR and again, no action taken. Ahmad Lutfi is now Harakahdaily editor.

askar melayu said...

Syed
Point taken but then adakah SPRM tidak bersikap adil kerana tidak menyiasat rumah Khalid, Azmin dan Anwar?

Unknown said...

Askar Melayu,

Ada kes? Kalau ada tentu kena siasat. Saya tidak pasti.

Mike Tan said...

Tuan Syed,
Desperate time call for desperate measures.Make use of all the instituitions in hand to recoup the states lost to PR.But this will help to hasten the demise of BN.Voters were fed up with the happenings under BN rule and wanted some reform to take place,hence the way they voted in the last G.E.
If this trend cotinues,rest be assured BN will be the oposition
in parliment after next G.E.

Anonymous said...

apa nih.. sprm pulak mcm nak disalahkan.

tak de untungnya sprm bunuh cina tuh. dia lebih berharga pd sprm hidup dari mati.

cuba tumpukan pada DAP atau kumpulan gangster yg berkepentingan.

sprm tentunya tiada kena mengena dgn kematian tersebut

al-Balingi said...

Salam,

* Its simple Tuan Syed, if the government got nothing to hide, why afraid of Royal Commission?

* Saya kelabu dalam perkara ni, siapakah individu terakhir bertemu Beng Hock?? Was it Manoharan and Co' or SPRM Officers?

* Jadi kenapa tidak polis tidak memanggil pegawai SPRM sama utk siasatan? Sudah dipanggil atau belum lagi dipanggil ataupun tidak akan di panggil langsung?

* Sekadar ingin tahu.

Unknown said...

Abu Kassim, timbalan pesuruhjaya SPRM kata beng Hock lebih diperlukan hidup daripada mati.

Kita ingin tahu, jika benar, kenapa dia disoal siasat sehingga pukul 3.45 pagi? Bukankah itu satu bentuk penyiksaan mental? Apakah ini cara SPRM melayan "saksi" bagi satu-satu kes yang sedang disiasat?

Banyak benda yang mencurigakan dan menimbulkan tanda tanya.

Oleh itu, Suruhanjaya Di-Raja adalah perlu untuk cuba menjawab dan mencari kebenaran, jika boleh dan termampu tanpa campur tangan pihak kedua atau ketiga.

Jangan lupa yang Beng Hock maut semasa berada dalam premis SPRM.

kita anak melayu said...

syed

ada banyak anjing yang perlu ditendang, nak tahu siapa mereka, bacalah blog ini


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
akan menggantung sementara pembabitannya dalam Bernama TV Synergy Sdn Bhd, satu
usaha sama yang menyediakan saluran berita 24 jam di Astro TV, berkuat kuasa
mulai hari ini, kata jurucakap Bernama.
"Keputusan itu bertujuan meminimumkan pendedahan Bernama kepada kerugian yang
ditanggung oleh Bernama TV Synergy, yang merupakan usaha sama antara Bernama Bhd
(33 peratus), Silver Ridge (Multimedia) Bhd (27 peratus), Standard Code Sdn Bhd
(20 peratus) dan Hallmark Entertainment Sdn Bhd (20 peratus)," katanya.
Jurucakap itu berkata keputusan itu sama sekali tidak akan menjejaskan kualiti
dan penyampaian perkhidmatannya sebagai agensi berita nasional.
"Bernama akan menyemak semula opsyen berhubung pembabitannya dalam Bernama TV
Synergy sebaik sahaja isu kewangan yang melibatkan pihak-pihak dalam usaha sama
itu diselesaikan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bernama Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam
kenyataannya, berkata dengan berat hati, beliau terpaksa mengumumkan
penggantungan sementara pembabitan agensi berita nasional itu dalam Bernama TV
Synergy.
"Kami telah memutuskan bentuk tindakan ini selepas membuat penilaian
menyeluruh berhubung keadaan kewangan semasa yang dihadapi Bernama TV Synergy.
"Selaku Pengerusi, saya ingin memberi jaminan bahawa penyampaian dan kualiti
perkhidmatan sedia ada Bernama dalam operasinya sebagai agensi berita nasional
akan terus dikekalkan pada tahap tertinggi," katanya.
-- BERNAMA


Salam, Tuan Syed

106 Warga BERNAMA yang kerja di bernamatv, menyumpah Anuar Zaini dan Azman Ujang sampai hari akhirat.

Datuk Seri Najib PM malaysia mesti siasat macam mana bernama tv boleh diswastakan. Anuar Zaini berat hati? Bullshit lah this peoples. Datuk Najib kena buang orang2 ni.

Mana 1Malaysia ? Kami tuntut Anuar Zaini dipecat dan Azman Ujang ditamatkan Kontrak.Kerana merekalah yang telah mengswastakan bernama tv.Fullstop.

EX BERNAMA TV TERTINDAS

Anonymous said...

Bercakap memanglah mudah,nak laksanakan berat oi.Kesian sprm,ingat senang ke nak capai sifar tampa rasuah.Nak selidik org tuh,nk selidik org nih.Tak berat sebelah.Ckp mudah,orang yang nak laksanakan tidak semudah dengan apa yang kita hendak.Tapi ada benarnya.Memang wajar kalau kita cakap sprm berat sebelah.Media yang mainkan peranan.Masa puak tuh kena je,punya la liputan bila puak belah sini,cakap tampa picture.Nampak berat sebelahlah sprm yang diakibatkan media.Kononya nak menpengaruhi penonton agar menburukan pr dan memilih bn sbagai sebuah kerajaan yang masih boleh di terima pakai berbanding pr.Tahun 80 90 boleh la buat macam tu,sekarang maklumat senang di perolehi.Rakyat sekarang menilai, menbuat kesimpulan dan keputusan melalui maklumat yang diperolehi dari pelbagai sudut bukan hanya melalui tv.So tukar channel la cara pasnih.Buletin utama dah x relevan untuk itu.sila cari jalan lain untuk hentam pr.
Kesanya kepada sprm hasil dari liputan media yang berat sebelah,kita boleh menukarkan sprm kepada sprom.