Sunday, December 30, 2007

Perang dah meletus di Perlis

Pada 1 November lepas, saya menulis mengenai 'pergolakan' yang dihadapi oleh UMNO Perlis dan apa yang diperkatakan itu dahpun terbuka, peperangan dah meletus.

Orang yang mengisytihar perang bukan calang-calang orang, bukan bertaraf pemimpin bahagian tetapi bertaraf Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, orang kanan presiden parti merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad (Badawi).

Tanpa berselindung, tanpa berkiasan atau berlapik-lapik, Radzi terang-terangan mahukan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim 'undur'.

Itulah saja caranya untuk menyelamatkan Perlis. Tiada tolak ansur.

Shahidan adalah punca pergolakan dan sengketa yang menghantui negeri paling kecil di Malaysia yang hanya mempunyai tiga bahagian UMNO itu. Walaupun tiga, mereka tidak sepakat, sering bertegang leher dan kecil-memperkecil satu sama lain.

Ada pemimpin yang dikatakan berkuasa besar dan bertindak 'mengatasi' kuasa yang lebih tinggi seperti dalam perlantikan mufti yang dibawa masuk dari luar Perlis sedangkan negeri yang dikenali sebagai Indera Kayangan itu tidak kurang dengan ulama dan ilmuwan Islamnya sendiri.

Apa yang diperkatakan oleh Radzi atas sifatnya sebagai Setiausaha Agung dan bukan ketua UMNO Bahagian Kangar, sudah pasti mendapat sokongan ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainal Abidin dan mantan ketua bahagian itu yang juga menteri pusat, Datuk Seri Azmi Khalid dan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Syed Radzlan Putra Jamalullail.

Dalam menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi, UMNO Perlis tidak mampu dan tidak boleh dihantui krisis dan perlu bersiap sedia dalam satu suasana tanpa Shahidan Kassim mahupun adiknya Ismail Kassim dan juga tanpa Azmi Khalid dan Syed Radzlan.

Yang perlu berundur bukan Shahidan seorang. Ramai lagi termasuk sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, PAS harus bersiap sedia untuk berperanan lebih besar andai kata rakyat (pengundi) di Perlis mahukan demikian.

3 comments:

Anonymous said...

Pergolakan di perlis memang dah lama terjadi, akhirnya meletup juga.. kalau salah langkah dan salah letak calon, perlis yg kecil molek akan jatuh di tangan pembangkang.
tapi yang pasti subaikah (bb) akan bermati-mati akan sokong Sahidan..

-Mijan-

solawana said...

Sepatutnya dato Seri Hj Shahidan dah lama berundur. Kita masih ingat lagi dulu Dato Seri hanya minta nak jadi MB sepenggal sahaja.Masih kah kau ingat lagi ? Berilah peluang pada org lain untuk menyumbangkan bakti pada negeri tercinta ini. Aku dan kawan2 aku amat bersetuju dengan saranan dato Radzi anak pak Sheikh tu.Pilih aje org lain lepas ni. Kita sedar kenapa anak Pak Sheikh ni yang bercakap.Sebabnya org lain dah kena gam ngan Shahidan.Ahli EXCO mana berani lawan DSS.Lepas pencen ni bagi la dia jaga Gua Sami tu sbb dia suka sangat p jogging kat situ .Satu Perlis dah tahu ngan siapa dan senaman apa DSS buat kat atas bukit tu.Jgn sampai keluar CD teknik senaman tu dah le.Apa pun DSS perlu digantikan kalau tidak Hj Hashim Jasin jadi MB la lepas ni. Setuju tak Dato Zahidi dan abg Bakri ?Alaa bang Wan Nordin pun setuju kan.

Anonymous said...

Pak Tuan...

Tukar sahaja Shahidan hari ini, tidak ada masalahnya. Namun, bersedialah bahawa esok ketika berlakunya pilihanraya kerajaan Perlis akan berubah tangan, setidak-tidaknya BN akan kehilangan majoriti 2/3 di dewan negeri atau seteruk-teruknya BN jatuh di negeri kecil ini.

Dalam sejarah Perlis tidak ada seorang pun mb perli yang sehebat Shahidan, noktah. Yang sebelumnya merupakan mb keadaan di mana ketika tiadanya pemimpin yang paling sesuai yang kedua paling sesuai adalah difikirkan layak. Ini termasuklah arwah pak sheikh, bapa setiausaha agung yang sedang memecah-belahkan perlis hari ini.

Janganlah kita mudah lupa bahawa radzi sheikh ahmad pernah menentang umno perlis habis-habisan seketika dahulu yang masanya tidaklah begitu lama. Boleh kah dilupakan? Kini dia cuba lagi memecah-belahkan Umno perlis sekali lagi. Bolehkah dimaafkan tindakan setiausaha agung yang membuat kenyataan sebegitu rupa?

Belum ada setiausaha agung dalam sejarah umno yang membuat kenyataan2 yang berniat jahat sebelum ini, termasuklah umno dibawah pentadbiran setiausaha-setiausaha agung yang hebat2 seperti tok mat dan tok khalil.

Kalau memberi komen atas sifat setiausaha agung umno kenapa single out perlis sahaja? buatlah kenyataan yang lebih munasabah seperti Umno kedah pun dilanda masalah apabila rakyat tidak mengenali mbnya sendiri hatta kalau beretoh bahu dalam marketpun orang tidak akan kenal dia tu mb kedah. begitu juga dengan perak, negeri sembilan yang sebenarnya diperintah oleh abangnya? atau mb johor yang tidak sudah-sudah dikaitkan dengan skandalnya dengan seorang ahli exco kerajaan negeri.

Bagaimana pula dengan mb pahang yang mengizinkan penyelewengan bantuan banjir dan menutup sebelah mata kepada kerja-kerja memfaraidkan sumbangan kepada rakyat?

Soalannya kenapa mb perlis sahaja? tidaklah ini menampakan bahawa ada agenda tersembunyi? kita semua belum lupa bahawa pada PRU 2004 radzi dan azmi khalid enggan dan tidak sanggup bertanding di dun kerana tidak mampu melaksanakan tugas mb perlis. radzi tidak pernah ambil kisah kawasan parlimennya manakala azmi khalid langsung tidak mempunyai rumah di perlis, biasanya berjumpa dengan penyokong di hotel.

Sebaik-baiknya kekalkan shahidan untuk sepenggal lagi sehingga perlis menemui seorang lagi mb yang baru, kini sedang ebrkhidmat di wisma putra. Carilah dia...

Calon-calon yang disebut semuanaya tak boleh pakai -- zahidi yang bodoh sombong dan tidak pernah hadiri mesyuarat exco semasa menyandang jawatan itu. bakri cikgu ali pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang dan syed razlan adalah ahli parlimen arau yang tidak pernah langsung pulang ke perlis kecuali untuk majlis rasmi di istana kenangan indah sahaja.

Hari ini perlis tidak ada pilihan lain melainkan shahidan yang walau buruk mana sekalipun adalah mb perlis yang terbaik pernah dilahirkan.