Tuesday, April 03, 2007

Masa untuk kembalikan kewibawaan BPR

Keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan perkhidmatan Datuk Seri Zulkipli Mat Noor selaku Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) tepat dan seharusnya begitu. Keputusan yang disahkan oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya sudah dijangkakan ekoran daripada isu "rasuah" yang dihadapi oleh Zulkipli.

Bagi saya, perlantikan Zulkipli itu adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun ia dibuat atas nasihat dan sokongan para pegawai tinggi pentadbiran. Zulkipli adalah pegawai tinggi polis yang pertama dilantik mengetuai BPR sedangkan ketua pengarah sebelum itu adalah daripada Perkhidmatan Perundangan (Legal Service).

Apabila Zulkipli dilantik, banyak pihak menyuarakan kesangsian mereka kerana umum sering mengaitkan amalan rasuah dengan pihak-pihak pelaksana undang-undang terutama polis, walaupun ia bukanlah satu andaian yang adil kerana ramai anggota polis berkhidmat dengan jujur dan penuh amanah.

Pada masa itu, saya berkhidmat di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan kami ada menerima maklumat dan maklum balas mengenai latar belakang Zulkipli seperti yang umum ketahui sekarang.

Saya tidak tahu dan masih tertanya-tanya kenapa khidmat Zulkipli disambung oleh Tun Mahahir dan kemudian oleh Pak Lah sedangkan isu yang timbul sekarang bukanlah satu perkara baru.

Tun Mahathir dan Pak Lah sudah pasti akan menafikan hakikat ini. Penafian seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam dunia politik tanah air mahupun di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia sudah tentu mahukan pihak berkuasa, terutama polis dan BPR sendiri, menjalankan siasatan secara telus, rapi, adil dan saksama ke atas semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Zulkipli.

Penamatan khidmat Zulkipli seharusnya dijadikan titik-tolak untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan terhadap BPR dan untuk para petugas badan itu, kita harus pulihkan semangat bekerja dan kewibawaan mereka selaku pegawai penyiasat.

Saya dimaklumkan bahawa segelintir pegawai penyiasat telah "patah semangat" dan amat kecewa apabila kerja keras yang mereka lakukan dalam sesuatu penyiasatan tidak mendapat "keadilan" atau dibawa ke mahkamah.

Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, BPR bebas untuk menyiasat tetapi tidak bebas untuk membawanya ke muka pengadilan kerana dalam kes-kes tertentu, BPR perlu mendapat restu pihak atasan. Perkara ini telah dan akan terus dinafikan tetapi, bagi saya, ia adalah satu kenyataan yang walaupun pahit, mesti ditelan!

DATUK AHMAD SAID HAMDAN DAPAT PULIHKAN IMEJ BPR

BPR kini tiada Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (1), Datuk Ahmad Said Hamdan diumum sebagai Pemangku Ketua Pengarah.

Pak Lah berkata dia masih mencari-cari orang yang paling layak untuk mengetui BPR. Kenapa sampai begitu Pak Lah? Masanya sudah tiba untuk melantik pegawai BPR mengepalai badan itu dan orangnya sudahpun ada, Datuk Ahmad Said Hamdan!

Pak Lah harus sedar bahawa imej dan kewibawaan BPR agak terjejas dek episod Zulkipli dan inilah peluang untuk memulihkannya. Jangan lakukan kesilapan yang lalu apabila Zulkipli dilantik sedangkan ada pegawai BPR yang layak dan cukup merit untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah.

Datuk Ahmad Said bukan calang-calang pegawai. Dia memiliki pengalaman yang cukup luas dan berbekal pula dengan kelulusan yang bertepatan dengan bidang tugasnya. Dia adalah seorang pegawai yang setia dan lama berkhidmat dengan BPR.

Datuk Ahmad Said adalah pemegang ijazah Sarja Muda (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia dan ijazah Sarjana Sains (Kriminologi) dari sebuah universiti di Amerika Syarikat dan dia merupakan pegawai paling layak dan tepat untuk mengetuai BPR.

Saya percaya jika Datuk Ahmad Said disahkan sebagai Ketua Pengarah, seluruh petugas BPR akan menyambut baik dan imej serta kewibawaan BPR akan mampu dipulihkan.


9 comments:

Anonymous said...

Brother Syed Imran,

I agree with you 100 percent. Its about time important position, be it the government or government-linked must be made on merit, sound qualification, ability and above all unquestionable integrity. This is not just another appointment but the head of an important arm of the government. I should think that BPR or ACA is almost like FBI or Justice Department of the US govt.

We should emulate what is good for us and in this case the ACA should be the first to do so. Then the practise must be further extended to the other important government agencies, one of which is Bernama. The days of putting square pegs in round holes are gone and if mistakes are made in the past, it should not be repeated vis-a-vis keeping the integrity of the government.

From the postings here, I could assumed that Bernama suffered from this "square peg syndrome" and if the further postings here are to be believed, then the news agency is futher deteriorating and bleeding so badly that integrity is already an alien word. Perhaps one could excused for making a mistake in appointing ministers who do not have the mental faculty to assume a heavy responsibility for he may be having layers of advisers to help him out but when an incompetent individual is appointed to head an important agency like bernama, then doomsday is perhaps just around the corner.

I rest my case. God saves Bernama.

SILVERSTATE MAN

Rockybru said...

Pak Lah masih menantikan katadua penasihat2 beliau. Bukan dia masih mencari-cari pengganti. Pak Lah tak tau pun siapa yang patut ganti siapa. Saya percaya Pak Lah is waiting for the 4th floor boys, his own son-in-law and his other advisers, including Kalimullah Hassan, to tell him who to appoint.

Anonymous said...

bro syed,
siapapun dilantik untuk menerajui bpr, yang jelas bpr masih gagal untuk mencegah rasuah yang berleluasa berlaku di merata padang golf di negara ini! saya pernah kemukakan soalan ini kepada seorang rakan di bpr dahulu, tetapi dengan nada yang agak kecewa beliau memberitahu saya, sukar kerana pihak yang terlibat melakukan rasuah melalui 'pertaruhan'. saya bersetuju memang agak sukar, tetapi sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras gejala ini, saya tidak yakin mereka tidak mempunyai mekanisme untuk menangani perkara seumpama ini. di manakah logiknya seorang yang berpangkat ketua jabatan sebagai contoh membuat pertaruhan hingga rm 200,000 untuk suatu perlawanan? ketua jabatan itu akan tetap menang walaupun pukul bola golf tak masuk lubang ataupun baru nak belajar main golf. kalau ikut pertaruhan betul, saya rasa ketua jabatan tersebut terpaksa berbogel dan berjalan kaki pulang ke rumah kerana sudah tentu dia akan tewas dan terpaksa memberikan semua yang ada sebagai pertaruhan. ini baru padang golf dalam negeri, belum diambilkira padang golf di australia ataupun new zealand. kita berharap bpr bukalah mata sikit mengenai perkara ini.

AFRAR YUNUS said...

komen rocky sangat baik. nak cari kp bpr kena tanya tingkat 4 dan kalimullah hassan. saya hairan apakah kebijaksanaan kalimullah. ada kawan-kawan minta saya dedahkan latarbelakang kalimullah. jika saya ceritakan, tentu akan menjadi bahan ketawa dunia. entahlah.. hebatkah kalimullah? dari segi ekonomi, akhlak, keluarga, pendidikan, sosial, pergaulan, hubungan, putus hubungan dengan keluarga dan sebagainya. semua di dalam poket.

Unknown said...

Bro Rocky,

Inilah sebenarnya punca segala masalah. Pak Lah memang lambat atau kurang mampu nak buat sesuatu keputusan sebelum mendapat "ilham" dari sumber-sumber tertentu.

Bro John Silver,

Benar apa yang saudara katakan. Bagi saya, perkara pokok sekarang ialah untuk memulihkan semangat bekerja di kalangan petugas BPR. Sebab itu saya berpendapat Datuk Ahmad Said Hamdan paling layak.

Saudara sedia maklum bahawa saya pernah berkata bahawa BPR mesti diletak di bawah Parlimen atau kata orang putih "answerable to Parliament" jika kita nak lihat keberkesanan badan yang diamanah mencegah amalan dan perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam kerajaan dan juga swasta.

Selagi BPR diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diselia pula oleh seorang menteri yang bertangunggjawab atas hal ehwal undang-undang, selama itulah keberkesanan BPR akan dipersoalkan. Kita tak boleh persalahkan pegawai kerana itu bukan kehendak mereka, ia lebih merupakan kehendak politik. Selagi kepimpinan politik "takut" nak letak BPR di bawah Parlimen, macam mana nak selesai masalah?

Bro Afrar, saya pernah cerita sedikit berkaitan latar belakang Kalimullah Hassan yang berpindah dari Kroh (Pengkalan Hulu) ke Penang, semukim dengan saya. Saya kenal sangat siapa dia Kalimullah Hassan.

Anonymous said...

Tak akan terkejut sekiranya orang "itu" juga yang akan dilantik.

Pemerintahan Lah Badawi ni...satu kroni pegang dua tiga jawatan tu biasa. Tak secocok, buang, ganti dengan yang cocok...itu saja Modus Operandi Lah Badawi.

Pusing kiri, kanan, itu jugalah.

Anonymous said...

Bro Syed Imran,

Bukankah Encik Kalimullah Masheerul Hassan pernah jadi pengerusi Bernama sebelum Encik Annuar Zaini?

Hebat sangatkah si Kalimullah ni? Saya hanya mendengar namanya disebut di sana sini dan dikatakan orang kaya baru yang tidak pernah mempedulikan sebagai contoh, adiknya Encik Alam Purwaiz Hassan di TheStar.

Tolonglah ceritakan mengenai si penama Kalimullah ini.

Silverstate Man

Unknown said...

Saya dah tulis sebelum ini semasa isu ECM Libra dulu. Memang benar dia pernah jadi Pengerusi Bernama atas perlantikan Pak Lah.

Kali bukan asalnya orang senang. Tapi, dia pandai cari 'lubang' untuk jadi kaya. Itu rezekinya. Hanya Yang Maha Berkuasa Maha Mengetahui sama ada ianya diperolehi secara betul, secara halal atau sebaliknya. Kita tidak berkemampuan untuk berbuat demikian.

Jika Bro Silver State ada maklumat, harap dapat kongsi bersama. Kali kan pernah menetap di Kroh, negeri Orang Perak (bukan Perak Man) dan berniaga pakaian dan kain dari Betong (Siam).

Anonymous said...

Hmmmm Kalimullah. He was a reporter attached to the Star Johor Baru Bureau in the early 80s.

In 1984 he asked for a transfer to Star HQ in Petaling Jaya and was appointed chief reporter. That was the highest post he ever held as a journalist...in the Star.

Later, he left the Star and had a short stint with Reuters before joining the NST in 1987 where he received a hostile reception. He left after a few months. Just shows how much he was loved, even then.

Subsequently he joined the Singapore Straits Times as its correspondent based in Kuala Lumpur.

He was the late Tun Ghaffar Baba's Press Secretary, a post he held briefly because he failed to get security clearance from the Home Ministry.

And out of the blues, we hear that he is a "Datuk", is filthy rich and has become one of the most powerful men in the Pak Lah administration.

How did he do that huh?