Monday, January 06, 2014

Masuk UMNO kejar pangkat?

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai sikap segelintir pemimpin UMNO, itupun jika mereka layak digelar pemimpin yang menyertai parti itu semata-mata untuk mengejar kemewahan dan pangkat.

Mereka sanggup berbelanja besar untuk dipilih ketua bahagian kerana itulah batu loncatan untuk mendapat lebih, sama ada kontrak atau projek, kedudukan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau perbadanan-perbadanan dan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Ini menjadi lumrah 'perjuangan' mereka.

Kali ini, saya dapati seorang 'pemimpin' dari Pulau Pinang bergelar 'datuk' yang menghubungi seorang pemimpin parti yang berpengaruh di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pangkat untuk isterinya.

Dia melobi agar isterinya yang juga salah seorang 'pemimpin' Wanita UMNO di Pulau Pinang, diberi anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran "datuk'. Saya tidak pasti sama ada dia melobi sempena sambutan Hari Wilayah, Hari Keputeraan rasmi Yang diPertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Apakah ini semangat perjuangan UMNO? Apakah mengejar gelaran dan pangkat jauh lebih penting dan utama berbanding dengan memperjuangkan untung nasib rakyat?

Isteri pemimpin berkenaan sudahpun bergelar 'datin' ekoran dia sendiri bergelar 'datuk'. Apakah ini belum cukup? Nampaknya begitulah.  Sifat tamak haloba dan tidak berpuas hati dan seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang ada bukanlah sifat seorang pemimpin yang baik.

Ingat neraca pertimbangan di akhirat kelak bukan pangkat, jawatan, kedudukan dan kekayaan. Insaflah.

5 comments:

Anonymous said...

Bagi ahli2 dan pemimpin Umporno saja begitulah hakikat perjuangan suci mereka.Duit,pangkat dan gelaran untuk dijadikan modal melonjakkan diri kapada kemewahan yang belum tentu halal.
Umporno juga telah jadikan slogan dan jeritan perjuangan semata mata untuk bahan laungan tampa maana dan keikhlasan.
Dari peringkat cawangan sampailah kapada presiden,semuanya bising berslogan tapi diam diam hak rakyat dibolot dan dikhianati.

Anonymous said...

Sekim Pembahalolan Bangsa yang di jaya sejak dulu kini selama nya saja yang mampu mengkaya kan anak anak kampong yang rata rata bahalol dan benggap.

Tanpa parti apalah anak kampong bodoh mampu hidup di bukit tunku....

Anonymous said...

Tn Syed,

Kangkung apa cerita?

CL

Syed Imran Syed Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Syed Imran Syed Ahmad said...

Kita patut berterima kasih kepada DS Najib kerana berjaya memperkenalkan kangkung ke seantero dunia, walaupun sebagai bahan lawak dan sindiran. BBC pun siar satu penulisan berkaitan kangkung. Lagu Lenggang Kangkung pun dah menjadi siulan dan nyanyian ramai. Tahniah DS Najib. Mungkin Lepas ini dia boleh perkenalkan pucuk paku atau keladi kepada dunia.