Wednesday, May 08, 2013

PRU-13 TIDAK BEBAS SEPENUHNYA DAN TIDAK ADIL, KATA PEMERHATI

Laporan awal oleh dua NGO yang dipilih selaku pemerhati pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang baru lalu menyatakan bahawa pilihan raya itu berjalan secara "separa"  bersih  tetapi tidak adil.  

Walau bagaimanapun, mereka tidak mempersalahkan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) tetapi merujuk kepada laporan media pro-Barisan Nasional dan "kerajaan sementara" yang menyalahguna kemudahan awam.

Sebagai seorang pengamat tidak rasmi PRU-13, saya setuju dengan apa yang disebut oleh kedua-dua NGO itu, iaitu CPPS/Asli dan Ideas (Institute for Democracy and Economic Affairs).

Saya pernah menulis dalam blog ini mengenai betapa berat sebelahnya media arus perdana yang dimiliki atau  dikawal oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan media rasmi milik kerajaan terutama televisyen dan agensi berita. Saya menyatakan bahawa media elektronik Singapura, Channel News Asia (CNA) jauh lebih adil dan profesional dalam laporan PRU-13.

Kegagalan BN untuk memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bahkan lebih buruk daripada pencapaian PRU-12 ketika dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut berpunca daripada sikap dan peranan media arus perdana yang terlampau berat sebelah sehingga orang naik jemu dan meluat dengan apa yang dihidangkan setiap hari. Mereka memilih media alternatif dan media luar negara.

BN juga melakukan kesilapan besar apabila menyangka dengan menabur bantuan dan  sumbangan kepada rakyat melalui slogan 1Malaysia akan membuahkan hasil lumayan, iaitu sokongan rakyat. Kepimpinan BN lupa bahawa zaman menabur wang dan menghulur gula-gula kepada rakyat sudah berakhir. Rakyat terima apa yang diberi tetapi apabila ke pusat mengundi, mereka tahu nak pangkah siapa dan parti mana.

Selain itu, BN dan UMNO khususnya, begitu cepat dan lantang mempersalahkan pihak lain atas kekalahan atau kekecewaan tetapi enggan melihat kelemahan dan kesilapan sendiri. Perangai sedemikian mesti dihentikan dan mereka kena terima hakikat sebenar.

Sebagai contoh, UMNO mempersalahkan "tsunami Cina" dan hasutan DAP sedangkan kemenangan hampir semua calon Pakatan Rakyat bukan atas sokongan pengundi Cina semata-mata tetapi pengundi Melayu dan India. Pengundi Cina cuma 30 peratus sahaja dan Pakatan Rakyat memperolehi sokongan 51 peratus pengundi jika dilihat dari sudut undi popular.

Apabila memperkatakan undi popular, kita dapati bahawa BN kalah kepada  PR. Tetapi, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, undi popular bukan penentu. Yang menentukan kemenangan ialah jumlah kerusi sama ada di Dewan Rakyat bagi peringkat Kerajaan Persekutuan dan Dewan-Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

Pada PRU-13, BN memperolehi 5,237,699 undi popular manakalan PR 5,623,984.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh tiga buah parti dalam gabungan PR adalah: 2,254,328 untuk PKR; 1,736,267 untuk DAP dan 1,633,389 untuk PAS. Jika dilihat jumlah undi popular untuk PR, kita dapati bahawa PKR memperolehi undi terbanyak dan undi untuk DAP dan PAS  dibezakan sebanyak 102,878 undi yang memihak kepada DAP. Ini menunjukkan bahawa tidak berlaku "tsunami Cina" tetapi "tsunami perbandaran" seperti yang dinyatakan oleh banyak pihak yang berkecuali. 

BN dan UMNO, khususnya, mesti melihat ke dalam dan benar-benar cari kelemahan dan kesilapan yang dilakukan, termasuk memilih Zulkifli Nordin sebagai calon dan secara tidak langsung menyokong Ibrahim Ali selain beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pencapaian buruk mereka berbanding dengan PRU-12.

Sementara itu, kedudukan Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak selaku presiden UMNO dan pengerusi BN agak rapuh kerana beliau gagal memperbaiki pencapaian parti pada PRU-13 berbanding dengan PRU-12. Pencapaian kali ini adalah yang paling buruk selepas 1969.      

5 comments:

d'enricher said...

Tuan Syed,

Saya rasa MCA, Gerakan termasuk Presiden dan calun2 BN dari kaum Cina juga pangkah PR (DAP, PKR & PAS), yang baki tu barulah bangsa lain.

100% kaum cina katalah 30-35%, jadi 16 - 21% kaum lain.

Antara PM Najib salah kira atau kena main kalau ikut cara dia bercakap.

Kalau soalan Utusan pula, takkan semua orang tu tak nak harga petrol turun dan toll & AES dihapuskan.

Orang melayu pula bukan semuanya kaya, sanggup dan gembira dengan Toll, AES dsb.

Oh ya, satu perkara yang penting ialah, ADVERTISEMENT yang OVERKILL dalam semua media dan kat Selangor lagu Sayangi Selangor tu ramai yang suka, tapi mereka lebih yakin dgn Tan Sri Khalid kot???

Rakyat yang INFORM, tidak akan termakan dgn politik murahan.

Respect lah rakyat.

A.Alshukor

Anonymous said...

Pak Tuan,

Selain dari fakta undi popular yang Pak Tuan sebutkan, Satu lagi fakta yang mengejutkan apabila meneliti jumlah kerusi yang di menangi oleh BN dan Pakatan Rakyat mengikut wilayah - BN kalah disemenanjung malaysia. BN hanya memperolehi 76 kerusi parlimen berbanding dengan Pakatan Rakyat 80 kerusi!.

Kemenangan BN disumbangkan oleh kerusi parlimen dari Sabah dan sarawak. BN memperolehi 57 buah kerusi dari Malaysia Timor berbanding dengan Pakatan Rakyat sebanyak 9 kerusi sahaja.

Jelas kali ini, Sabah dan sarawak sekali lagi menjadi penyelamat BN seperti PRU 12. Namun, dengan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat disana, jumlah undi kerusi yang diperolehi di peringkat DUN menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai potensi yang semakin cerah dalam PRU 14 nanti jika kerajaan BN sekarang masih tidak berubah.

bat8

Unknown said...

A.Alshukor,

Benar. Rakyat kini berpengetahuan dan tidak mudah terpedaya.

bat8,

Setuju. Sabah dan Sarawak selamatkan BN. Nampaknya kedua-dua negeri itu masih menjadi 'simpanan tetap' BN.

nick said...

Our election is "partially free" and on top of that, it is not fair claimed some observers! Pray tell me what does "partially free" means then? When an election is not fair it clearly suggest that IT is not free! So what are the "observers" trying to tell us? That THEY are from a species that evolved differently from those sycophantic "ass-licker" UMNO sponsored NGOk (pardon my "UMNO" lingua franca) and as such, able to partially tell the truth? That they (because of self interest) cannot call a spade, "A SPADE" but (to been seen as a credible voice of conscience) is calling IT, "half of a spade"?

In my opinion, any election observer that is unable or unwilling to give us a clear and uncompromising view/verdict, is not worth a single sen or to be exact not worth the few minute of our life spent reading their findings. They should in my opinion, really observe themselves in action and then, gives us their opinion whether they themselves should remain in existence or go somewhere else (preferably dark and devoid of people) and cease to exist. Our GE13 is partially free and not fair and thus we should accept it's results...yeah right! And the sun MIGHT revolve around the earth and we MIGHT BE at the center of the universe and all of us should accept that fact too, huh?

Nick.

muaz said...

Semoga ALLLAH memelihara Malaysia ini dari diperintah oleh Pakatan Rakyat yang opotunis. NAK BERSETUJU TENTANG SATU PERKARA MUDAH SAPERTI LOGO BERSAMA PUN TAK MAMPU.