Menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede), Barisan Nasional (BN) tiada kelebihan yang boleh memberi sumbangan besar kepada kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13 dalam sebulan dua ini.
Bagi saya, ia bukan satu maklumat yang memeranjatkan. Perdana Menteri merangkap pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat perkiraan yang kurang tepat apabila dia menangguh pilihan raya sehingga menghampiri tarikh luput.
Antara alasan yang diberi oleh pengarah Umcede, Mohamad Redzuan Othman, BN tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula kawasn pilihan raya untuk memberi kelebihan kepadanya selain faktor pilihan raya mengejut yang sudah berlalu.
Kita tidak tahu sebab musebab kepada Najib tidak berani menghadapi pilihan raya lebih awal sedangkan ia memberi sedikit kelebihan kepada BN. Mungkin Najib dikelilingi para penasihat yang kurang bijak atau mereka tidak menyokongnya 100 peratus.
Saya kurang yakin dengan ramalan beberapa orang pmimpin UMNO/BN yang menyatakan bahawa parti itu mampu memperolehi lebih banyak kerusi - ada yang sebut 145. Saya berpendapat BN tidak mampu berbuat demikian. Sukar bagi BN untuk mencapai kelebihan dua pertiga.
Pada PRU-13 ini, BN tidak boleh terlalu bergantung kepada Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua 'bank simpanan tetap' itu tidak dapat membantu seperti yang diharapkan. Parti lawan telahpun bertapak dan mendapat sokongan di wilayah Malaysia Timur itu.
2 comments:
Apa la kau ni slow sangat. Bila Najib tangguh pilihanraya hingga hampir tamat tempoh, negeri2 pembangkang tidak boleh tidak ikut sama isytihar pembubaran DUN. Itu aja.
Sebelum ni tak jadi isu sebab hanya ada satu negeri pembangkang. sekarang ada 4.
Rabbit,
pembubaran Dewan Rakyat tiada kaitan dengan pembubaran dewan-dewan undangan negeri dari sudut Perlembagaan. Tetapi, dari sudut logistik dan kos, elok di bubar serentak. Ia tiada kena mengena sama ada pembangkang (jika pentadbiran negeri berlainan parti politik dengan pentadbiran persekutuan) perintah atau sebaliknya.
Urusan membubar Dewan Rakyat adalah hak mutlak SPB Agong atas nasihat PM. Agong mempunyai budi bicara sama ada nak bubar atau tidak. Agong tiada kuasa ke atas DUN kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Sultan atau Yang DIpertua Negeri masing-masing. DUN boleh dibubarkan sama ada lebih dahulu ataupun kemuian daripada Dewan Rakyat. Sabah dan Sarawak pernah mengadakan pilihan raya peringkat negeri yang tidak serentak dengan pilihan raya bagi Parlimen (Dewan Rakyat). Ia bukan sesuatu yang baru atau yang takpernah berlaku.
Nampaknya, Rabbit (arnab) memang 'slow' untuk memahami fakta. Ma'af cakap, anda yang mula gunakan perkataan 'slow' dalam ulasan di atas.
Post a Comment