Setiap negara yang merdeka dan berdaulat memiliki sebidang bendera yang menjadi lambang kedaulatan dan kebanggaan. Bendera mewakili bukan sahaja negara tetapi rakyat negara berkenaan. Oleh itu, bendera adalah sesuatu yang keramat bagi sesebuah negara.
Sama ada kita sokong atau tidak mana-mna pertubuhan atau parti politik, yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara ataupun negeri-negeri yang bersekutu dalam sebuah persekutuan, kita mesti hormat dan sanjung bendera yang mewakili negara ataupun negeri.
Tiada tolak ansur dalam persolan ini.
Oleh itu, sesiapa yang tidak menghormati bendera negara adalah pengkhianat! Suka atau tidak, itulah perkataan yang dapat dirujuk dan dihamburkan kepada mereka yang berkelakuan seburuk dan sejijik itu.
1 comment:
Sepatutnya selepas 55 tahun kita merdeka kita menjadi semakin maju dan bertamadun. Tapi keadaan segelintir rakyat kita lebih suka menjadi jahil dan dilihat tidak berilmu. Amat membimbangkan masa depan negara kita. Setiap didikan dipropaganda dan dipolitikkan.
Pendapat saya, apa saja didikan yg positif sepatutnya diambil tak kira dari parti politik mana pun. Tapi kalau nilai baik yg dididik dan dipupuk tidak mahu diambil dan dianggap politik, inilah hasilnya.
Post a Comment