Wednesday, July 25, 2012

Pemimpin UMNO jadi broker jual tanah milik Melayu?

Saya tidak terperanjat membaca laporan yang menyatakan dua orang pemimpin UMNO Pulau Pinang bertindak selaku 'broker' dalam urusan jual beli tanah milik Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau. Ia bukan sesuatu yang baru dan yang menghairankan.

Balik Pulau merupakan satu-satunya daerah di bahagian pulau yang majoriti penduduknya orang Melayu dan Ahli Parlimen juga Melayu. Jika kampung demi kampung milik Melayu dipindah milik ke tangan bukan Melayu, khususnya syarikat-syarikat pemaju hartanah, maka akan terhakislah 'wajah' perkampungan Melayu Pulau Pinang.

Siapa yang harus dipersalahkan? 

Selama ini, lebih tegas lagi selepas BN kalah di Pulau Pinang, pemimpin UMNO begitu kuat bersuara kononnya mempertahankan kepentingan Melayu terutama tanah milik Melayu. 

Siapa pula yang menjadi 'broker' untuk membeli dan menjual tanah milik 31 keluarga Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau? Bukankah ini perbuatan mereka yang tergolong dalam kategori munafik? Atau kata rakyat biasa "cakap tak serupa bikin" dan mementingkan diri sendiri daripada kepentingan orang Melayu secara amnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terang-terangan menyebut nama dua orang pemimpin UMNO berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pengarah Pilihan Raya BN Negeri yang juga anak saudara Musa, iaitu Omar Faudzar.

Menurut Guan Eng, kedua-dua Musa dan Omar meraih keuntungan 57 peratus atau RM5 juta melalui syarikat milik mereka, Maison Heights Sdn. Bhd. dalam tempoh tiga setengah bulan sahaja.

Tanah milik 31 penduduk kampung berkenaan dipindah milik kepada Maison Heights pada 31 Januari lalu dengan jumlah harga RM8.6 juta untuk kemudian dijual kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada 16 Mei  dengan harga RM13.5 juta.

Saya percaya apabila Kay Pride atau syarikat lain yang bakal memajukan tanah tersebut dengan sama ada kondo mewah atau pembinaan hartanah lain, maka akan adalah NGO yang menyokong parti politik tertentu membuat bising dengan alasan mempertahankan kepentingan Melayu, dan yang akan dipersalahkan ialah pentadbiran negeri Pulau Pinang atau "kerajaan DAP". Wal hal, yang menjadi 'broker' dan meraih keuntungan atas angin sebanyak RM5 juta adalah  pemimpin UMNO.

UMNO atau mana-mana NGO "Melayu" Pulau Pinang tidak boleh mempersalahkan orang lain jika pemimpin mereka sendiri yang terlibat dalam penjualan tanah milik Melayu. Usahlah bersandiwara jalanan kerana rakyat tidak buta dan tuli untuk melihat dan mendengar apa yang berlaku.

Oh ya, jika ingin melihat 'perjuangan' pemimpin Melayu Pulau Pinang khususnya UMNO, lihat saja kediaman dan kereta mewah milik mereka. Baru-baru ini, ada seorang daripada mereka yang membeli sebuah kondo mewah di Persiaran Gurney (Paragon Gurney) bernilai lebih RM1 juta. Hebatkan pemimpin Melayu Pulau Pinang! 

Kita ingin membaca laporan Utusan Melayu mengenai perkara ini. Atau mungkin pengarangnya dah dapat arahan (perintah) untuk tidak menyiarkannya kerana ia tidak memberi 'kelebihan dan keuntungan' kepada UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan selepas umat Islam berhari raya. Mungkin itu agaknya. 






 

12 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

lagutu la depa dok pekena org melayu PP. musibat besaq puak2 jahanam ni. hah mana pi perkasa PP yg dok kuat sgt melalak pembela bangsa melayu PP kunun....piiiiiirah.

1musibat
janji masyukkkk


deen
leklau

menantu penang said...

Orang Melayu P.Pinang berbondong berhijrah keluar dari pulau tersebut. Yang tinggal adalah dari species penjual harta pusaka dan tanah wakaf. Sejarah pulau Mutiara ini seakan dimakan sumpah, hak peribumi terlucut sedikit demi sedikit dari genggaman. Anak cucu terbuang kenegeri asing. Pendatang asing menakluk tanah pusaka.Puak2 musibat bermaharajalela menodai dan memperkosa kepercayaan peribumi.Raja Perkosa sudah melompat menaiki kuda lain, tapi keturunan-nya masih bebas melibas apa yang masih tinggal..Aku tumpang sedih melihat satu demi satu harapan anak bangsa terkubur di Pulau yang indah ini.

KM said...

untuk maklumat tuan syed, tak silap saya, Musa Syeikh Fadzir ni bukan ADUN tapi hanya ketua UMNO Bukit Mertajam...

mr edz said...

apa yang saya dengar kebanyakkan orang kuat umno memang kuat menipu...

Syed Imran said...

KM,

Terima kasih atas pembetulan. Benar, Musa hanyalah ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.

Anonymous said...

salam tuan,

Cina tak pelingkop melayu hidop2, india tak pekena melayu. tapi melayu jenih musibat sj yg dok penaya melayu hidop2 sampai merempat. tu pun jangan ada lagi kupang tembaga yg dok sokong puak2 kerih besilang nie.

deen
leklau

mentua penang said...

Orang Melayu PP lebih-lebih lagi yang perasan DKK ni kalu cakap memang tak kalah.Semua orang buat tak kena..depa yang tebaiik dalam Malaya nih..setakap pelingkop negeri tak payah cakap besaq..hampaih.

Anonymous said...

dok bunyi lagi anjing sukum.... lapaq daging ka. tuan anjing tk bagi makan lg kot?

deen
leklau

Anonymous said...

Ada lagi ka melayu dalam UMNO kat Pulau Pinang? Setahu saya, UMNO Pulau Pinang dah jadi "United Mamak & Naina Organisation". Depa ni la yang dok jual melayu.. Perkasa
Pulau Pinang pun kaum kerabat ni jugak. Jadi, apa perjuangan depa ni untuk bangsa melayu? Kedai nasi kandaq makin bertambah ada la...

Turrrr!

Ranggi said...

Jika Tajuk Pemimpin UMNO jual tanah dianggap perkara serious..pada hemat saya..bagaimana dengan pemimpim yang menjual Negeri bahkan Negara..
Di Pulau Pinang mungkin agak jaug untuk diperkatakan..bagaimana dengan Wilayah Perseketuan<<adakah terkecuali juga isu yang sama yang seperti diperbahaskan..terlalu banyak jika mahu disingkap..terlalu banyak..

Syed Imran said...

Ada banyak perbezaan kerana terlalu banyak pelakon politik. Berlakon jadi pembela sedangkan bertindak sebaliknya. Kenyataan media yang mereka buat melalui media cukup hebat. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah "cakap tak serupa bikin".

Anonymous said...

Di Georgetown dahulu ada 1 perkampungan india muslim. Kini yang tinggal cuma masjid kecil bersebelahan kedai arak dan Flat wakaf. Sebab seorang yang wakaf itulah bangunan Flat itu kekal sehingga ke hari ini. Kalau tidak masjid tu pun tak ada orang datang sembahyang. Keadaan bertambah baik kalau lebih ramai orang Islam Pulau Pinang mewakafkan tanah mereka. Terdapat juga sebuah perkampungan Melayu di Georgetown dan Air Itam yang masih kekal hingga kini kerana tanah disitu diwakaf.