Saturday, September 10, 2011

Zainal Keling buat kenyataan tidak berasas mengenai sejarah

Malaysia ataupun Malaya tidak pernah dijajah, kata Prof Zainal Keling. Ini bermakna pelajaran sejarah yang rakyat Malaysia pelajari di sekolah selama ini adalah salah dan satu penipuan besar.

Itulah yang dapat dikatakan.

Jika Malaysia atau Malaya tidak pernah dijajah, kenapa pemimpin-pemimpin negara perlu ke London untuk berunding dengan pihak berkuasa United Kingdom untuk mendapatkan kemerdekaan?

Kenapa kita perlu menurunkan bendera Union Jack dalam satu upacara gilang gemilang di Dataran Merdeka [Padang Kelab Selangor] dan dinaikkan pula Jalur Gemilang sebagai menandakan tamatnya pentadbiran Inggeris dan digantikan oleh pentadbiran atau sebuah kerajaan merdeka?

Jika negara ini tidak pernah dijajah, siapa yang memerintah Melaka apabila Portugis merampas tampuk pemerintahan Kesultanan Melaka pada 1511? Selepas itu diambil alih oleh Belanda, kemudian Inggeris, selepas itu Jepun dan akhirnya Inggeris sebelum Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Itulah sejarah yang diajar dan dipelajari di sekolah dan kepimpinan kita sebelum dan selepas Merdeka merujuk kepada Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sebagai penjajah. Adakah mereka salah?

Kita ingin tahu apakah tujuan sebenar Prof Zainal Keling menyatakan bahawa negara ini tidak pernah dijajah? Adakah dia menafikan sejarah?

Atau ia tidak lebih daripada nak mengampu pihak tertentu.

12 comments:

nick said...

Tuan,

Malaysia (Tanah Melayu) tak pernah di jajah??? Maka dengan menggunakan logik yang sama, saya juga dengan secara rasminya menyatakan bahwa "Prof Zainal Kling bukanlah Professor and beliau juga tak pernah menulis thesis and juga buku2 ilmiah ynag membolehkan beliau mendapat status "Perofesor" (going by his assertion, who cares if I don't have any basis to my claim, right?)"

Nick.

Anonymous said...

Tuan Syed, Kenyataan di bawah di bawah di buat atas nama Majlis Profesor Negara. Saya membaca, tentu ia datang dari Penasihat Media yang 11 orang. Najib oh Najib. Kali ini Federal vote also to Pakatan. Barang naik, sejarah negara bertambah celaru, politik demdam masih kuat dalam UMNO. Quality berita tidak ada. media perdana jadi agen fitnah dan yang mutakhir MAIS. Dia politik tak boleh kempen di masjid, tapi dia bawah bukan Islam kempen politik di Masjid masyallah.

Anonymous said...

salam pak tuan,

tadak kheja len dah ka depa nie pak tuan selen dari dok menipu kita semua. ceqedik pandai pun dok menipu lagi. auta tak abih2...ha elok nama pun keling sama. dulu kini forever dok putaq belit. belukang karat betoi puak2 nie.

jelutong timoq

Anonymous said...

Yang aku ingat prof ini ada buat analisa PRU 2008 di Tv malam tu semasa keputusan diumumkan.. Jadi dia orang kuat UMNO la. So, dia cuba modified sikit fact history tu supaya BN tak tercedera banyak sangat.almaklumlah..........

Anonymous said...

Zainal memang keturunan Keling.. Apa dia kisah dengan Tanah Melayu.. Mungkin bagi dia, British juga tidak pernah menjajah India. Minta dia cakap benda ini kepada kaum keluarganya di sana. Pasti kena bakar nanti...

Zainal Melayu

Anonymous said...

kELING standard ah macam lalang,tengok lah bangsa ni kat singapore dan fiji cukup lah....keling,keling....

d'enricher said...

Tuan,

Saya sedih sebenarnya mereka yang mempunyai Pangkat Professor dan/atau Dr. yang membuat kenyataan yang akhirnya memalukan diri sendiri tapi lebih buruk lagi memalukan institusi yang didampinginya dan yang paling buruk sekali dia merosakkan orang lain dalam mempunyai Pangkat sedemikian.

Kalau nak bodek pun, kenalah ada 'limit', apa ingat kerana ramai yang tak ada "Title" Professor, Dr apa yang dia cakap kita kena terima.

Majlis Professor Negara patut pecat dia ni, atau saya cadangkan mana Professor yang tak setuju keluar dari jadi ahli.

Niat baik penubuhan MPN dirosakkan olih "statement" sebegini.

Hilang "credibility" . Bak kata pepatah melayu "Kerana Nila setitik, rosak susu sebelangga"

A.Alshukor

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sekiranya Malaysia tidak pernah dijajah, maka Tun Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" berkali-kali untuk apa?

Merdeka dari siapa?

Saya tidak faham apa sebenarnya motif Dr. yang berkenaan buat kenyataan sedemikian.

Anonymous said...

Nama pun Kling..keling + mamak pedukang walaupun berlainan kasta adalah satu spesis!.....
Sejarah dah pun tunjuk jenis bangsa KELING ni yang melingkupkan kerajaan MELAKA..dah memang jadi darah daging keturunan KELING@MAMAK PEDUKANG yang berselindung di sebalik agama ISLAM.

Satu lagi...UMNO semakin LINGKUP dangan adanya KELING-KELING yang mengaku Melayu..mangkok hanyut macam....RIZAL MERICAN..AZEEZ..KADEER.semua nama tu pelingkup bangsa Melayu

mat
t.bahang

Syed Imran said...

Terima kasih kepada semua pembaca yang memberi ulasan. Anda semua lebih memahami sejarah daripada Prof ZK.

Prof ini sering muncul di tv kerana dijemput memberi pendapat kononnya sebagai seorang pakar atau pemerhati politik. Saya dapati pendapatnya kerap kali lemah, berat sebelah dan tidak selari dengan keadaan dan kedudukan semasa.

Kali ini pendapatnya mengenai sejarah yang kononnya Malaya tidak pernah dijajah telah disanggah oleh bukan calang-calang orang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua orang profesor yang jauh lebih arif iaitu Prof Mohamed Ghouse Nasuruddin dan Prof Chandra Muzaffar.

Kita tunggu apa pula alasan yang nak diberikan ooleh Prof Z Keling, itupun jika dia ada hujah kukuh untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada pembaca kerana tidak dapat kemas kini blog ini kerana kurang sihat. Musim berjerubu ni ramai yang kena selsema, flu dan batuk serta demam.

Anonymous said...

Ini ulasan Mohd Shah A Hassan dalam blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

"Dalam blog ini (di bawah tajuk lain) saya ada menulis bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan oleh itu Malaysia sebenarnya tidak perlu memerdekakan dirinya kerana sememangnya dilahir dalam keadaan merdeka. Kalau ada yang mengatakan Malaysia pernah dijajah, saya pula nak tanya: bila dan di mana perisytiharan kemerdekaan Malaysia dilakukan."
http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/show.dml/389841?cid=69386402#comment69386402

"Terfikir oleh saya, "apakah benar Tanah Melayu pernah dijajah oleh Inggeris?" Hati kecil saya menjawab "tidak". " Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh Inggeris, kecuali Melaka. Apa yang berlaku sebenarnya adalah campur tangan pihak Inggeris ke atas pemerintahan negeri-negeri di Tanah Melayu bagi melindungi kepentingan perdagangan mereka. Itu pun, atas jemputan Sultan di negeri masing-masing bagi melindungi kepentingan dan kemerdekaan negeri mereka".
http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/kata-mesti-dikota

"Jelaskanlah dan akuilah bahawa 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) manakala Malaysia tidak pernah dijajah. Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963 adalah gabungan negara merdeka Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya dengan tanah jajahan British: North Borneo kemudian dinamakan Sabah pada tarikh 16 September 1963 itu, Sarawak (kekal namanya sebagai Sarawak) dan Singapura (juga kekal namanya sebagai Singapura)."
http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/?id=440871

Anonymous said...

Ini ulasan/tulisan Mohd Shah A Hassan dalam blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!