Wednesday, March 30, 2011

Election handouts ARE bribes

De-facto Law Minister Nazri 'The Great' Abdul Aziz said election handouts are not bribes, but suffice to say, it is bribery.

Election handouts ARE bribes

2 comments:

d'enricher said...

Tuan Syed,

Nazri adalah seorang Menteri yang sangat menarik. Dia berani berkata apa yang dia rasa, tak kiralah betul atau salah, tapi "Opinion" dia. Bak kata rakan-rakan dia "Loose Cannon".

Ada masa dia cakap tu ada betulnya, dan pada masa yang lain di nak tunjuk dia ni "Terror". Lagi pun dari PM TDM, PM AAB dan sekarang PM Najib masih memerlukan dia. Kira dia orang sayang kat dia. Lagipun, dengan bangga dia selalu berkata yang pengundi dari semua golongan masyarakat sentiasa menyokong dia.

Jadi kalau dia kata pemberian semasa Piliharaya kira ok, terus lah bagi. Dia dan Parti yang dia wakili mampu, nak buat macam mana.

Yang penting SPR ada tak peraturan yang "JELAS" bagi semua pihak ???

Contohnya di Sarawak sekarang, DUN telah dibubarkan, maka Kerajaan Negeri Sarawak hari ini hanyalah kerajaan sementara. Sepatutnya semua jentera kerajaan tidak boleh lagi digunakan.

Tapi ... ini negeri siapa punya ???

1 Sarawak aku punya ... iye ke???

A.Alshukor

Syed Imran said...

Sdr A Alshukor,

Sikap dan perangai Nazri tidak banyak berubah sejak zaman dia cergas dalam pergerakan Pemuda bersama-sama Anwar Ibrahim hinggalah sekarang. Benar bak kata orang, dia diibaratkan seperti 'loose cannon' dan dia tak peduli apa orang lain nak kata. Dulu dia kuat menyokong Tun M tetapi selepas Tun bersara dan hentam Pak Lah, dia iaitu Nazri pantas mempertahan Pak Lah. Itulah Nazri.

Benar kata saudara, mereka memerlukan orang seperti Nazri dan yang lain termasuk Bung Mokhtar, Aziz Seri Gading dan geng 'bebas'Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan Zahrain Hashim.

Bab SPR semua orang tahu sejauh mana 'kebebasan' ia bertindak. Pengerusinya sekarang pun sering keluar kenyataan yang berbeza mengikut keadaan dan suasana. SPR diletakkan dibawah JPM dan ada menteri yang kawal selia suruhanjaya itu. Faham-faham sajalah akan kedudukan dan sejauh mana ia boleh bebas.