Apabila membaca laporan dalam akhbar NST awal hari ini, saya agak ragu-ragu akan kesahihannya kerana tuduhan yang dilemparkan adalah keterlaluan dan melampaui kewarasan daya fikir seorang yang bergelar menteri.
Saya agak hampa apabila melayari internet dengan harapan untuk menemui berita penafian oleh menteri sehingga lewat petang, tetapi tiada. Ini bermakna yang menteri berkenaan memang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Menteri yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Tuduhan yang dilemparkannya itu membabitkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar dan mantan Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manunsia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman.
Akhbar NST memetik Nazri sebagai berkata: "Now, these are all crooks."
Nazri menuduh Tun Mahathir, Tun Haniff dan Tan Sri Abu Talib sebagai "crooks". Ia adalah satu tuduhan yang cukup berat.
"Crook" adalah perkataan Inggeris yang merujuk kepada seseorang itu sebagai penjenayah, penjahat atau penipu.
Nazri menuduh ketiga-tiga mantan tokoh itu sebagai sama ada penjenayah, penjahat atau penipu.
Nazri nampaknya marah kepada Tun Mahathir (bukan sesuatu yang baru), kepada Tun Haniff dan Tan Sri Abu Talib semata-mata kerana mereka pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak digemarinya. Jika kenyataan itu memihak atau menyokongnya, sudah tentu Nazri tidak akan melemparkan tuduhan melulu itu.
Nazri berkata mereka dah lupa yang mereka pernah berkhidmat dan mempertahankan pentadbiran semasa mereka berada dalam kerajaan. Mereka kini menjadi pengkritik lantang terhadap pentadbiran (kerajaan). Itu yang membuat Nazri marah.
Oleh itu, Nazri menyifatkan mereka sebagai "crooks".
Nampaknya, Nazri tidak dapat menerima teguran, kritikan mahupun sindiran daripada mana-mana pihak terutama Tun Mahathir, Tun Haniff dan Tan Sri Abu Talib. Nazri tidak dapat menerima kenyataan bahawa tiada pentadbiran yang benar-benar bersih tanpa melakukan sebarang kesilapan sehingga tidak boleh ditegur atau dikritik.
Peribahasa Cina ada menyebut yang terjemahannya lebih kurang begini... seseorang yang memanggil atau menuduh orang lain itu bahlul (bodoh), sebenarnya dialah yang jauh lebih bahlul.
15 comments:
Salam sejahtera Tuan Syed,
Terima kasih kerana meluahkan perasaan Tuan Syed terhadap isu yang dimaksudkan...
Tapi daripada apa yang saya perhatikan rata-rata kesemuanya sama saja. Hampir kesemua yang memegang kuasa tidak dapat menerima teguran atau pun pendapat daripada pihak lain terutamanya apabila pendapat atau pun teguran tersebut bercanggah dengan pendapat mereka. Dengan perkataan lain "MEREKA SAJA YANG BETUL"
Cuba Tuan Syed perhatikan apa yang telah terjadi kepada Pemberita NTV7,Florence Looi. Apa komen Tuan Syed mengenai tindakan tersebut?
Sekirannya pada pandangan Tuan Syed, TDM, Tun Haniff dan Tan Sri Abu Talib berhak memberi komen dan teguran dan dalam pada itu Tuan Syed berpendapat yang Datuk Seri Nazri bersalah terhadap komen "Crook"nya, bukankah Florence Looi pun berhak memberikan komen atau pun pandangan beliau? Kenapa beliau harus dihukum? Kenapa "DOUBLE STANDARD"?
Sebagai seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang kewartawanan, saya berharap sangat agar Tuan Syed juga dapat memberikan pandangan dan pendapat yang adil dalam hal ini.
Sama seperti TDM, Tun Haniff dan Tan Sri Abu Talib, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hak mengundi yang sama, salahkah Florence Looi perihatin terhadap negaranya? Kenapa Florence Looi, harus dihukum kerana kenyataan beliau yang memberi komen mengenai negara tanah tumpah darah beliau?
Harap dapat mendengar daripada Tuan Syed... Terima kasih
NAZRI dah lupa ke sejarah PRU-12..
"crook' itulah yang akan meng-crook beliau suatu hari nanti.
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Nazri oh Nazri. Lupakah siapa abangmu yang penuh cincin di jari tu. Lupakah adik beradik mu yang suka buat isim kat masjid india dan pudu. Lupakah adik beradik mu yang selalu 'tunuk lagak' kat masjid india dan sekitar chow kit.
melayu mudah lupa.
Kalau kita kenal Nazeri, tentunya kita tak ambil pusing cakap cakap mala'un macam tu. Dia lebih sekadar menyulitkan Najib dan tidak membantu satu undi pun untuk UMNO di masa akan datang.
Jasanya hanya menjulur lidah untuk menjilat pada boss semasanya. Kalau pada masa itu bossnya babi pun sekali, dia tetap menjilat - itulah Nazeri.
Nazri ini sudah sah "putus wayar" dia, rasanya dah sampai masa dia bersara dari Kabinet.
Pak Syed,
Orang macam Nazri tu banyak terdapat di Jalan Chow Kit, penjual ubat jalanan.
Kita tidak perlu layan cakapnya, tong kosong banyak bising. Nasib baik dia bertanding Padang Rengas, jika dia bertanding di Kedah, saya pasti bahawa si nazri angkat bungkus. Jangan kita bimbang bahawa anjing yang menyalak bukit, bukit tidak akan roboh tapi anjing itu akan lari bercawat ekor ahirnya.
Salam Tuan Syed,
Bila hendak difikir-fikirkan secara waras, pedulikanlah apa yang hendak dikatakan oleh Nazri Aziz.Siapalah Nazri Aziz kalau hendak dibandingkan dengan TDM! Memang diakui kritikan TDM pendas, ramai yang tidak tahan menerimanya Kita orang Melayu sudah biasa dengan budaya cakap berlapek. Kalau benda itu hitam, kita akan katakan, 'tak hitam sangatlah, kelabu sahaja!. Sedangkan TDM, kalau benda itu hitam, hitamlah katanya.
Demi kebaikan, dalam aspek ini kita perlu membuat perubahan. Kita terima kritikan yang mengatakan kita tidak bijaksana, kalau perkara itu benar dan lakukan penambahbaikan. Barulah kita boleh maju ke hadapan.Jangan hendak menegakkan benang basah.
Tidak boleh disalahkan Nazri Aziz, kalau dia kelihatan seolah-olah 'menjilat' tangan tuannaya. Itulah cara 'survival' politiknya! Tidakkanlah kita hendak menggigit tangan yang memberi kita makanan!
Rakyat Setia
Tidak perlu lah kita fikir sangat tenteng si Nazri itu. Kalau di bagus sangat, sudah tentu di jadi perdana menteri. Tetapi tidak, dia menjadi tukang sorak saja di parliamen. Kebolehan dia sekadar itu saja.
mindnoevil.blogspot
Ni satu lagi statement Nazri...
Lil Hummingbird dropped by a little while ago.
LH : “Nazri’s talking c*+k again!. Malaysiakini reports that he warned all and sundry, and Pakatan Rakyat in particular, not to speculate on how Teo Beng Hock, political secretary to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah fell to his death from the MACC Selangor headquarters in Shah Alalm, and then he shoots off his big mouth and says : “I was informed by MACC earlier that he was released yesterday (early this morning). Then he should have gone home….and how would we know that he would jump out of the building?”
Who’s jumping to conclusions now, and why?
Another death in custody and Nazri’s quick to shield the custodian?
And in the process cast aspersions on the just departed without a shred of evidence?
Teo didn’t jump off the building and he didn’t kill himself”.
Me : How do you know?
LH : “Did you know that Teo was due to get married tomorrow? Why would he want to take his own life?
Didn’t lawyer Mano, who accompanied Teo to the MACC HQ, and who last saw him at 7pm yesterday, say that Teo “was happy and looked composed”, as was also reported in Malaysiakini?
Teo was not being investigated, was he?”
No, MACC should not be allowed to wash their hands off this matter with mindless explanations like ‘Teo was released but wanted to sleep in the pantry”!
Remember the complaint of the UMNO chap in Kuantan who was taken in by the MACC for investigations? He said the real target was Norza Zakaria. He lodged a police report that he was roughed up and made to strip. Remember?
What’s become of that report? Nothing!
Now we have Teo called in to assist in investigations and, on the eve of his marriage, wants to sleep in the MACC pantry?
And then leaps to his death?
Nazri, just shut up and let Najib explain this”.
Nazri Aziz adalah orang yang "suka cakap tidak serupa bikin" Dia kena lihat diri sendiri dahulu.
Teguran positif peribadi buat semua Menteri Kabinet termasuk DSNazri Aziz:-
1. Kurangkan membuat kenyataan umum.
2. Fokus pada KPI (Key Peformance
Index) objective & plan.
3. Kerjakan matlamat menuju sasaran
'Rakyat Didahulukan,Pencapaian
Diutamakan'.
4. Gagasan 1Malaysia merupakan
objektif organisasi untuk
menguntungkan rakyat bukan
mengembleng agenda peribadi.
I really hate this nazri guy ever since
what makes he always be in cabinet liners huh?
I hate him from head to toe from his botak head down under till his smelly toes
TQ
YUNA
Nazri perangainya sama macam bekas PM Israel Ehud Olmert, samseng lagi muka tembok! Tebal punya tembok, macam tembok sempadan antara Gaza dan Israel. Inilah dia Nazri Olmert.
Boleh diagak masa depannya..
Nazri is up to his antics again. Had he been in our neighbouring country down south he would have been sucked dry to bankruptcy in a series of civil suits.
Beside ACA, he also used to show blatant disrespect for the PDRM until he had bad experience with his two Indonesian maids. Does he need another to make him sobre and repent?
At the time DSNTR is relentlessly promoting the 1Malaysia concept and reuniting the diparate BN componenet parties into a force that could confidently face and win the 13th Gen.Elec., his antics are left much to be desired.
tak payah layan la si nazri tu ckp..anak dia lg crook.ahahaha.google je la pasal anak dia.mcm2 ada...
m fadhil yahya
Post a Comment