Saturday, July 11, 2009

Pak Lah jelas kenapa dia tenang menerima kritikan

UMNO Bahagian Cheras pimpinan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengadakan satu majlis khas meraikan mantan Perdana Menteri/Presiden UMNO Tun Abdullah Ahmad bertemakan "Sejunjung Kasih Setulus Ingatan" di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada 10 Julai.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras dan wakil parti-parti komponen BN Cheras dan jemputan khas termasuk Timbalan Menteri di JPM Senator Dr Marshitah Ibrahim dan suami.

Pada majlis itu, Syed Ali menegaskan bahawa walaupun beliau pernah "menegur" Pak Lah semasa masih menjadi PM dan Presiden UMNO, ia tidak bermakna bahawa jasa dan sumbangan mantan PM itu harus dilupakan. Dia berbuat demikian kerana sayangkan parti dan sayangkan Pak Lah.


Seperti Syed Ali, sayapun pernah berbuat demikian kerana kritikan itu ditujukan kepadanya atas sifatnya sebagai PM dan bukan kerana soal peribadi. Atas sifatnya sebagai seorang insan, saya tetap menghormatinya kerana disitulah Pak Lah wujud sebagai seorang yang berhemah tinggi, bersopan santun dan baik hati. Kita seharusnya boleh membezakan antara kedua-dua sifat itu - pemimpin dan manusia biasa.

Pada majlis itu, Pak Lah berkata dia tidak menyimpan sebarang perasaan dendam atau marah kepada sesiapapun yang pernah menegur atau mengkritiknya. Kritikan dan perbezaan pendapat adalah sebahagian daripada amalan demokrasi. Dia tidak berkecil hati atau tersinggung kerana itu adalah kebebasan untuk memberi pandangan asalkan tidak berbentuk memaki hamun atau menghina.

Perbuatan bersifat maki hamun dan menghina bukan budaya Melayu dan bertentangan dengan ajaran agama Islam, katanya.

Pak Lah menegaskan seseorang pemimpin mestilah sanggup menerima kritikan dan teguran termasuk daripada ahli partinya sendiri.

Sempena majlis itu, sebuah buku khas dilancarkan sebagai kenang-kenangan hubungan antara Pak Lah dengan UMNO Bahagian Cheras.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kesilapan fakta dalam catatan riwayat hidup Pak Lah. Kesilapan paling jelas ialah tempat kelahiran Pak Lah. Banyak pihak termasuk media masih beranggapan bahawa Pak Lah dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Perai.

Sebenarnya, Pak Lah dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas dan rumah kelahiran Pak Lah masih wujud di kampung tersebut dan kini dihuni oleh sepupunya. Kampung Perlis, Bayan Lepas adalah kampung ibu dan nenek Pak Lah manakala Kepala Batas adalah kampung bapa dan datuknya.

9 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Memang paklah tak berdendam cuma hasad dengki di awal pemerintahan, cuba menghapuskan legasi Tun - takut diri sendiri tak popular dan tak hebat dan sifat tidak mengenang budi jelas sekali kerana enggan menemui Tun untuk menjernihkan keadaan hingga akhirnya Melayu kini hampir merempat di bumi sendiri.

Siapa yang nak basuh daki itu hari ini?!

buyong said...

Paklah ni mulut lain, hati lain.
Munafik punya orang.

Jangan dengar apa dia cakap, lihat apa dia buat.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Ini bukti UMNO Cheras tak mudah lupa!

Anonymous said...

Melayu memang mudah lupa ya? mengapa?

Hampir nak jahanam sistem pentadbiran negara di buat nya. Kalau di-negara Jepun lah PM sebegini dah harakiri pun. Anyway tak salah pun jika nak puji Pak Lah sedikit ya tak? kata orang...manis manis lah!

Teddy said...

pak lah ni jenis tak tahu apa benda.. buang karan layan dia ni. kalau kat parlimen tuh seat dia better letak kat kantin tempat makan. dia ada ke takde ke sama je.. buang karan.

Anonymous said...

Punca kekalahan BN dalam Pilihanraya Umum lepas ialah Pak Lah.

sang kegelapan said...

paklah ni ok..sume hati dia lembut sangat..cina n india boleh sgt pijak kepala dia..xmcm zaman tun mahathir..cina ngan india xbrani bersuara sangat..sbb tu salah satu pu12 umno jatuh..aku org muda pn sygkan umno ni tp aku ttp pangkah pembangkang sbb pemimpin umno ni ramai yang mudah lupe..

Anonymous said...

Terdapat Hadis Nabi yang berbunyi "Bukan dari golongan kami, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi orang yang lebih muda" yang sudah tu sudah dan tak perlu diungkitkan lagi. Terus pandang kehadapan dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara..

Dr. RBAONG said...

Kelebihan dia dari segi sifat peribadi, jadi kelemahan dia sebagai seorang pemimpin.

Tetap hormat Pak Lah.

Kita yg kutuk Pak lah macam nak rak ni, jadi ketua jabatanpun tak.

Jadi PM kira pencapaian "personal" yang hebat lah tu.