Monday, August 13, 2007

Tahniah Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Datin Maznah

Pada Ahad, semalam, saya dan isteri menghadiri majlis jamuan sempena pekahwinan anak gadis sahabat lama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Datin Maznah Adam. Majlis diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Rahman, ma'aflah tak sebut gelaran yang baru diterima itu sebab sebagai kawan lama, dah biasa sangat dengan panggilan nama saudara, dan isteri kelihatan ceria dan berseri-seri menerima menantu. Anak gadis Rahman bernama Diana Sulamazra telah diijab kabul dengan Philip Lee bin Abdullah.

Di majlis itu, saya berkesempatan menemui rakan-rakan lama di Bernama yang telah bersara seperti Zainul Hasnan Mansur, Nik Mohamad, Amin Husaini, Zainal Abidin Bujal dan beberapa orang lagi yang masih berkhidmat selain Datuk Khalid Mohamad dari Utusan Melayu.

Rahman adalah mantan Ketua Pengarang Bernama, mantan Ahli Parlimen Parit Buntar dan kini mengetuai pasukan komunikasi Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Beliau hanya sempat berkhidmat sebagai MP sepenggal kerana menjadi mangsa permainan politik berpuak-puak yang merupakan asam garam dalam parti yang dianggotainya.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Datuk Rahman Sulaiman. Dah terima menantu dan tak lama akan dapat gelaran datuk, yang sebenar-benarnya datuk.

Anonymous said...

tahniah dari seorang bekas anak buah