tag:blogger.com,1999:blog-21546391.post8080565335045515972..comments2024-02-02T13:41:59.273+08:00Comments on KUDA RANGGI: Soal Ketua Menteri Pulau PinangAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-65686456237531141102008-03-07T00:53:00.000+08:002008-03-07T00:53:00.000+08:00Bekas timbalan KM Dr Ibrahim Saad yang tak buat ap...Bekas timbalan KM Dr Ibrahim Saad yang tak buat apa-apa untuk Melayu P Pinang dan kalah teruk di tangan Dr Wan Azizah di Ptg Pauh, ada hati bagi ulasan dalam Bernama TV. Dia kata BN akan terus kuasai P Pinang dan UMNO akan catat kemenangan besar. Apa punya syeru... orang macam dialah yang membuatkan orang Melayu renggang dengan UMNO di P Pinang. Yang Bernama TV pulak tak kan tak dak orang lain yang nak dijemput ke studio bagi pendapat. Jangan panggil 'loser' atau orang yang tak diterima lagi untuk dapatkan komen. Tak profesional langsung.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-50254594319806004522008-03-06T22:28:00.000+08:002008-03-06T22:28:00.000+08:00Assalamualaikum.. Pulau Pinang adalah negeri yang ...Assalamualaikum.. Pulau Pinang adalah negeri yang paling hangat bagi pilihan raya yang Ke-12 ini. Saya dapat rasakan, rata-rata masyarakat di negeri ini inginkan perubahan. Dan saya percaya bahawa Pulau pinang akan jatuh ke tangan pihak pembangkang pada pilihan raya kali ini..Wasalam.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-84911196520273676762008-03-06T21:49:00.000+08:002008-03-06T21:49:00.000+08:00Ami Ban..Keadaan di Pulau Pinang makin tidak menen...Ami Ban..

Keadaan di Pulau Pinang makin tidak menentu, semalam (05 March 2008) calon BN parlimen bukit bendera dan calon DUN di dalam parlimen bukit bendera ada memberi ceramah di padang tembak, Pak Lah Pun turut hadir, tetapi sambutan agak kurang memberasangkan kemungkinan publisiti kurang.
Tetapi malam ini (06 march 2008) DAP bersama PKR membuat ceramah di Sekolah (JKC) Han Chang, orang terlalu ramai sehinggakan jalan jem lebih kurang 5KM, adakah perubahan yang orang Pulau Pinang inginkan atau saja datang untuk meramaikan dan mendengar penerangan?

-Mijan-Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-24350581132261404402008-03-06T12:26:00.000+08:002008-03-06T12:26:00.000+08:00Sedikit pembetulan terhadap ulasan Suasana Tenang....Sedikit pembetulan terhadap ulasan Suasana Tenang.

Wong Pow Nee tidak pernah menganggotai parti Gerakan. Mendiang adalah ketua MCA Pulau Pinang sebelum dan selepas Merdeka. Dia mengepalai jentera Perikatan yang tewas kepada parti Gerakan pimpinan Tun Dr Lim Chong Eu pada pilihan raya 1969. Selepas tewas, Pow Nee dilanik sebagai Duta Malaysia ke Itali dan Vatican (pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik).Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-42997732370974369202008-03-06T12:17:00.000+08:002008-03-06T12:17:00.000+08:00Terima kasih, tenang hati membaca ulasan saudara. ...Terima kasih, tenang hati membaca ulasan saudara. Semoga ketenangan dan ketenteraman Jitra Heights terus menyusuk kalbu.

Mengenai UMNO Pulau Pinang, masalahnya kepemimpinan yang berkisar kepada beberapa persoalan pokok terutama sekali tujuan sebenar menjadi pemimpin - nak bantu dan memperjuangkan menerusi wadah politik nasib bangsa atau nak kayakan diri dan keluarga. Jawapannya mudah - lihat saja corak kehidupan semua ketua bahagian di Pulau Pinang.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-60714094751663447282008-03-06T00:49:00.000+08:002008-03-06T00:49:00.000+08:00Pak Tuan...Dengan TIDAK menamakan calon ketua ment...Pak Tuan...

Dengan TIDAK menamakan calon ketua menteri pulau pinang semasa menghadapi ujian paling besar dalam politik, saya merasakan ini adalah satu strategi politik (kalau boleh disifatkan sebagai stsrategi) yang kurang tepat, tidak cerdik dan tumpul.

Dalam bahasa inggeris ianya disebut sebagai "failure to plan is a plan to fail, immensely".

Dalam bahasa orang tanjong, "ni semoa rghaplah cari pasai. Siiru ka apa?".

Adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan bahawa seseorang panglima perang tidak diketahui apabila para pejuang sedang bertungkus lumus dan berhempas pulas di medan peperangan.

Apabila ini berlaku jelas bahawa ianya suatu strategi yang kurang tepat dan berkemungkinan laksana senjata memakan tuan.

Sejarah membuktikan bahawa Gerakan sebagai parti pembangkang telah menakan wong pow nee sebagai calon ketua menteri dengan berkata bahawa "inilah dia ketua menteri kita seandainya kita mengambil-alih negeri ini" dan strategi ini berkesan dan parti itu dipilih sebagai pemerintah di negeri dan menyertai parti perikatan selepas itu.

Strategi yang sama digunakan oleh PAS di kelantan dengan menamakan nik aziz nik mat sebagai calon menteri besar apabila mereka menghadapi pilihanraya umum 1990 dan di sabah apabila pbs menjaja joseph pairin kitingan sebagai calon ketua menteri pada pilihanraya negeri 1992.

Apakah masalahnya Gerakan tidak menamakan calon ketua menteri pulau pinang kali ini? Dilaporkan beberapa sebab yang difikirkan sebelum mereka berbuat demikian.

Namun sebagai pelajar sains politik dan pemerhati politik saya berpendapat bahawa antara sebab yang utama ialah sifat "taking for granted" bahawa pulau pinang akan terus berada di tangan Gerakan (baca:barisan nasional) biarpun siapa sahaja menjadi ketua menteri pulau pinang selepas ini.

Mungkin kepada Gerakan persoalan itu adalah akademik sifatnya, justeru ianya tidak begitu penting untuk diputuskan pada ketika ini.

Apabila kita mengambil sikap sedemikian ini bermakna kita tidak memberi penghormatan akan kepentingan jawatan itu, justeru bersifat "tak kisah sapalah KM, janji kita menang".

Seperkara lagi yang perlu difikirkan ialah sejak bilakah penentuan sesuatu jawatan penting dari segi pentadbiran atau eksekutif itu adalah hak sesuatu parti komponen.

Bukankah ini ditentukan oleh Perdana Menteri? Dalam soal ini UMNO tidak boleh bersikap lepas tangan atau mencuci tangan akan tetapi hendaklah bersuara kerana parti teras barisan nasional ini juga akan merasakan tempias bahananya seandai pulau pinang terlepas ke tangan pembangkang.

Penyandang jawatan ketua menteri ketika ini yang bersifat ketua menteri sementara pulau pinang nampaknya seakan melepas tangan dalam soal kepentingan menentukan kemenangan bn di pulau pinang (baca:peri pentingnya ditunjukkan calon ketua menteri pasca-PRU12). Ini adalah difahami kerana beliau hampir pasti akan diberikan jawatan menteri persekutuan sekiranya memenangi kerusi parlimen batu kawan. Akan tetapi apakah sudahnya nasib pulau pinang?

KTK hendaklah lebih bertanggungjawab dalam soal ini dan mengkaji semula sejarah parti itu. Senanglah bagi beliau kerana beliau bukanlah seorang ketua menteri yang mengepalai jentera pilihanraya umum pada kali pertama dilantik ketua menteri kerana beliau hanya dilantik pada pertengahan penggal.

Apakah UMNO akan berterusan berdiam diri, sekadar memberi kenyataan bahawa "UMNO tidak campur tangan. Ini soal Gerakan...".

Apakah kenyataan ini mencerminkan sentimen kesemua pemimpin UMNO Pulau Pinang?

Suasana Tenang
Jitra Heights, KedahAnonymousnoreply@blogger.com