tag:blogger.com,1999:blog-21546391.post6816060463376486654..comments2024-02-02T13:41:59.273+08:00Comments on KUDA RANGGI: Bila Parlimen dibubarkan apa kuasa Pak MenteriAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-68108280740207949792013-04-13T09:49:01.019+08:002013-04-13T09:49:01.019+08:00Satu soalan yang baik.
Jika dilihat atau berpandu...Satu soalan yang baik.

Jika dilihat atau berpandukan Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperkatakan mengenai pelantikan Jemaah Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, ia memperincikan soal peranan Jemaah Menteri menasihati Baginda dalam perjalanan fungsinya, termasuk pelantikan ke jawatan-jawatan utama yang penting seperti Ketua Hakim Negara dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara, umpamanya.

Mengikut apa yang disebut sebagai konvensyen perlembagaan, Jemaah Menteri akan terus wujud sebagai kerajaan "caretaker" dan seseorang Menteri boleh menjalankan tanggungjawab atau fungsinya selepas Parlimen terbubar. Tetapi ia tidak membabitkan penggubalan apa-apa dasar baru, pelaksanaan apa-apa projek pembangunan baru dan pelantikan baru yang penting dan utama seperti bagi institusi kehakiman dan angkatan bersenjata/pasukan keselamatan.

Pelantikan utama dalam perkhidmatan awam, walaupun dilihat sebagai 'kuasa' Ketua Setiausaha Negara, namun ia memerlukan 'restu' Kabinet atau Menteri berkaitan. Oleh itu, ia tidak seharusnya dibuat oleh kerajaan 'caretaker'. Begitu jua dengan pelantikan naib canselor IPTA yang lazimnya perlu dipersetujui oleh Menteri yang bertanggungjawab. Pada hakikatnya, pada waktu itu Menteri hanya bersifat 'sementara' dan atas sifat itu, tidak seharusnya terlibat dalam apa-apa pelantikan baru.

Walaupun secara logiknya apabila Jemaah Menteri masih wujud, termasuk dalam bentuk sementara, maka perhubungan antara Kabinet dengan penjawat awam tidak dapat dielakkan bagi maksud penjalanan tugas harian, namun sebarang pelantikan baru membabitkan jawatan utama tidak wajar dibuat sehinggalah terbentuk sebuah kerajaan baru selepas pilihan raya. Ini adalah sebahagian daripada konvensyen perlembagaan.

Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-32948802380080617592013-04-13T01:45:28.859+08:002013-04-13T01:45:28.859+08:00Selepas Parlimen dibubar bolehkah Menteri membuat ...Selepas Parlimen dibubar bolehkah Menteri membuat lantikan baru jawatan utama perkhidmatan awam seperti KSU, Ketua Pengarah, Naib Canselor IPTA dan sebagainya?Anonymousnoreply@blogger.com