tag:blogger.com,1999:blog-21546391.post6799434690951312337..comments2024-02-02T13:41:59.273+08:00Comments on KUDA RANGGI: UMNO dan masa depannyaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-79250454058585319772011-12-01T15:40:33.632+08:002011-12-01T15:40:33.632+08:00Tuan Syed,
Setuju sepenuhnya dengan pandangan ...Tuan Syed,

Setuju sepenuhnya dengan pandangan Tuan Syed ke atas dua orang pemimpin hebat Malaysia iaitu Allahyarham Tun Dr Ismail dan Allahyarham Ghaffar Baba.

Melewati perjalanan politik yang berbeza, mereka tidak syak lagi telah mempertunjukkan pengorbanan diri yang amat besar demi kepentingan parti dan negara. Taat setia mereka juga tidak boleh dipersoalkan.

Tun Dr Ismail, berhadapan dengan masalah kesihatan juga berpegang teguh kepada prinsipnya, meletak jawatan pada Mei 1967. Tetapi apabila diminta oleh Tun Abd Razak untuk sama-sama menangani tragedi 13 Mei, beliau tidak ragu-ragu memenuhi permintaan tersebut pada Me1 1969 demi kepentingan negara.

Manakala Tun Ghafar pula, walaupun tersingkir dari jawatannya sebagai Tim.Presiden UMNO dan Tim Perdana Menteri oleh Anwar, pendiriannya terhadap parti dan negara tetap kental seperti Tuan Syed huraikan.

Oleh itu, apabila saya membangkitkan persoalanan tentang pengorbanan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sekarang, dalam komen di atas, saya amat ragu mereka boleh mencontohi walau secebis daripada pengorbanan Tun Dr Ismail dan Tun Ghafar. Kepentingan diri telah begitu berakar umbi kerana didorong kepentingan materialisme.

Nampaknya pucuk pimpian UMNO,khususnya Najib masih lagi bernostalgia tentang sejarah kejatuhan Empayar Melaka dan Empayar Othmaniah kerana Dr Mahathir sendiri telah juga berbuat demikian beberapa kali sebelum ini dalam perhimpunan agung dan lain-lain perjumpaan parti. Hakikat yang ianya masih lagi disentuh jelas menunjukkan UMNO terus berhadapan dengan potensi ianya menjadi tidak relevan malah 'extinct'kecuali sesuatu tindakan drastik dibuat.

Setuju dengan pandangan Tuan Syed, semuanya berpaksi kepada kesanggupan ahli-ahli UMNO mengorbankan kepentingan diri. Namun, saya ragu seperti yang saya nyatakan di atas.

ZMSAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-89473948053542245442011-12-01T14:39:58.986+08:002011-12-01T14:39:58.986+08:00kita tengok PRU13, parti mana yg teguling. sembang...kita tengok PRU13, parti mana yg teguling. sembang bab perubahan tapi pemimpin umno sendiri yg tak berubah dari dulu kini forever. abihtu dok sembang bab peubahan..revolusi. lembu NFC pun bole sembang. kalo tak pecaya tanya kak jat tgk. betoi dak.

jtgAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-43122453585920315472011-12-01T12:24:59.872+08:002011-12-01T12:24:59.872+08:00ZMS,
Saya harap orang UMNO juga sedar akan kedudu...ZMS,

Saya harap orang UMNO juga sedar akan kedudukan parti seperti apa yang saudara nukilkan. Bagi saya, itu adalah satu kebenaran yang semestinya diterima oleh UMNO.

UMNO memerlukan kepimpinan hebat seperti allahyarham Tun Dr Ismail dan pemimpin jujur yang tidak mementingkan diri seperti allahyarham Tun Ghafar Baba. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan tetapi cukup sekadar dua orang tokoh berkenaan.

Tun Dr Ismail bukan sahaja seorang pencinta bangsa dan watan tetapi seorang pemimpin yang berani dan berpendirian tegas. Allahyarham mengorbankan tenaga, masa dan kesenangan hidup untuk bangsa dan tanah air. Alangkah bertuahnya UMNO jika mempunyai pemimpin sehebat Tun Dr Ismail.

Allahyarham Tun Ghafar adalah contoh seorang pemimpin yang taat dan setianya kepada parti tidak boleh dipertikaikan. Tun Ghafar tidak mementingkan kedudukan dan jawatan. Dia pernah disisih, diketepikan daripada memegang jawatan tetapi dia tetap setia kepada parti. Walaupun pernah diperlekehkan tetapi dia tidak undur tetapi terus maju memperjuangkan parti dan bangsa.

Saya tidak nampak adanya pemimpin yang hebat seperti Tun Dr Ismail atau yang taat setia sehebat Tun Ghafar Baba. Mungkin kerana itulah perjuangan UMNO mula merudum dan jauh terkeluar landasan asal perjuangan.

Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Najib mengingatkan partinya mengenai sebab musebab kejatuhan empayar Melaka, empayar Othmaniah, empayar Rum dan dinasti China. UMNO boleh mengelak musibah yang serupa jika barisan kepimpinan dan ahli kembali kepada asas perjuangan parti. Saya tidak dapat menyatakan sama ada ia dapat dilakukan kerana apa yang berlaku ialah kepentingan diri mengatasi kepentingan parti. Ianya berlaku di mana-mana sahaja, di semua peringkat dan sayap parti.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-18827488344249782812011-12-01T11:58:58.251+08:002011-12-01T11:58:58.251+08:00azra,
UMNO telahpun mengadakan revolusi mental te...azra,

UMNO telahpun mengadakan revolusi mental tetapi masalah menjadi bertambah rumit kerana mentaliti pemimpin dan ahli yang jauh menyimpang daripada asas perjuangan.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/03308929179450322915noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-88756752639556600082011-12-01T09:49:38.559+08:002011-12-01T09:49:38.559+08:00Tuan Syed,
1.Berbanding parti kerdil, sebuah part...Tuan Syed,

1.Berbanding parti kerdil, sebuah parti besar seperti UMNO/BN yang mempunyai infrastuktur dari peringkat yang paling bawah sehingga paling tinggi dan telah berkuasa semenjak merdeka, kekalahan dalam PRU 2008 adalah satu tragedi yang melanda parti itu. Untuk bangkit semula dan menebus kekalahan tersebut tidak mudah dan amat mencabar. Antara lain,ianya menuntut pengorbanan besar setiap ahli dan meletakkan kepentingan parti di atas segala-galanya. Apakah mereka telah melakukannya dan akan terus bersedia melakukanya?

2.Beberapa siri 'postmortem' telah dilakukan untuk mengenalpasti punca-punca kekalahan tersebut. Sejauh mana kah pucuk pimpinan parti telah merangka langka-langkah mempastikan semua punca tersebut tidak berulang dalam PRU ke-13 nanti? Atau 'postmortem' yang telah diadakan sekadar melepaskan batuk ditangga tanpa menepati objektif ianya diadakan.

4.Pucuk pimpinan parti telah memberi penekanan kepada calun-calun yang boleh menang (winnable candidates).Sepengetahuan saya, selain dari memilih calun yang boleh diterima pengundi tanpa mengira kedudukan dalam parti, tidak ada kriteria-kriteria yang jelas digariskan siapakah 'winnable candidates). Kalau begitu keadaannya, sesiapa juga boleh mengaku dialah 'winnable candidate' apa lagi kalau dia seorang Ketua Bahagian atau memegang mana-mana jawatan penting dalam parti.

5.Apabila seseorang yang menganggap dirinya sebagai (winnable candidate) tidak terpilih sebagai calun, tindakan sabotaj terbentang luas. Kekhuatiran ini jelas terbayang di kalangan pucuk pimpinan parti apabila mereka sering memperkatakan mengenainya. Terakhir, Najib, dalam taklimat kepada parti, meminta diadakan bai'ah supaya memperkuatkan lagi taat setia ahli kepada parti. Saya teringat kumpulan Al-Maunah beberapa ketika dahulu dalam mana upacara bai'ah diadakan untuk ahil-ahlinya. Kumpulan ini akhirnya tumpas.

6.Dalam analisis terakhir, UMNO perlu berkerja kuat hingga ke saat akhir. Kaji dan kenalpasti kekuatan dan kelemahan sendiri dan juga pihak lawan. 'Complacency' adalah musuh utama.

ZMSAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21546391.post-41764563777643097062011-12-01T00:36:34.124+08:002011-12-01T00:36:34.124+08:00revolusi membawa perubahanrevolusi membawa perubahanAnonymousnoreply@blogger.com