Monday, January 28, 2013

Zionis berjaya alih perhatian dunia daripada Baitul Maqdis

Puak Zionis Yahudi kini berjaya mengalih pandangan dunia daripada Baitul Maqdis ke Semenanjung Gaza. Matlamat Zionis tercapai apabila dunia, terutama negara-negara majoriti Islam, seolah-olah berlumba-lumba untuk ke Gaza atas nama kemanusiaan.

Kita sokong semua usaha untuk membantu rakyat Palestin termasuk yang terkepung di semenanjung Gaza. Kita amat bersimpati dengan musibah yang menimpa mereka. Tetapi,  kita tidak boleh lupa akan kedudukan Baitul Maqdis di Tebing Barat. 

Puak Zionis Yahudi amat suka apabila perhatian dunia dialihkan ke Gaza dan bukan Baitul Maqdis. Negara Islam nampaknya terpedaya dengan muslihat Zionis Yahudi dan lebih memberi perhatian kepada Gaza.

Nampaknya dunia lupa bahawa Zionis Yahudi telah mencuba lebih daripada 100 kali untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa (al-Haram ash-Shariff) dan Masjid al-Qubbatul-Sakhra (The Dome of The Rock) dan institusi Islam yang tidak kurang penting seperti Al-Madrasa An-Nahawian dan Al-Musalla Al-Marwani yang terletak di tengah-tengah bandar suci  Baitul Maqdis. 

Kita tahu bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling utama bagi umat Islam selepas Masjid Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Kiblat pertama umat Islam adalah  di Baitul Maqdis. 

Masjid Al-Aqsa atau Al-Haram Ash-Shariff dibangun semula oleh Khalifah Omar Al-Khatab pada tahun 19 Hijri bersamaan dengan 637/8 tahun Masihi. Masjid Al-Aqsa juga disebut dalam Al-Quran (Surah Al-Isra).

Kedudukan Baitul Maqdis di Tebing Barat mesti dipertahan sepenuhnya daripada cengkaman dan kawalan puak Zionis Yahudi. Dunia Islam khususnya tidak boleh alpa dan leka mengenai isu Palestin yang berada di Tebing Barat dan memberi tumpuan hanya kepada Semenanjung Gaza. Kedua-duanya penting.

Zionis Yahudi mempunyai rancangan jahat untuk memusnahkan keberadaan institusi Islam di Baitul Maqdis termasuk meroboh Masjid Al-Aqsa dan Masjid al-Qubbatus-Sakhra untuk diganti dengan kuil Yahudi yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Solomon's Temple" atau rumah ibadat Nabi Sulaiman a.s.





  


4 comments:

zulkifli said...

Tulahh...begitu mudah PM kita menerima cadangan Kementerian Luar kita untuk melawat Gaza tanpa sedar implikasi negatifnya. Bila kembali ke tanah air, DS Najib disambut dan dipuji sebagai pemimpin berani. Ini bukannya berani tapi kurang bijak, termasuk Anifah Aman sekali. Bial kena tibai dgn pemimpin Palestin, senyap semua media perdana, bisu macam penghuni Federation School for The Deaf; malah lebih teruk lagi sebab bahasa isyarat pun tak keluar.

Anonymous said...

zulkifli,

anda pernah berada di gaza?
anda pernah berada dimana2 daerah palestin?
tidak...anda dan saya hanya berada di malaysia tanpa melihat keadaan sebenar disana.
adakah salah hanya melawat daerah gaza tanpa melawat daerah Baitul Maqdis? tidak.
adakah pemimpin2 yg hanya melawat Gaza tidak peduli dgn daerah lain dlm palestin?
jagan ckp atas dasar politik semata2..

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sebenarnya perkembangan yang baru adalah Palestine telah mendapat hak "non member" state daripada bangsa-bangsa bersatu dan dengan ini membolehkan ia membawa haknya ke ICJ, international court of justice. Ini yang amat tidak disenangi oleh Israel.

Masalah yang paling kritikal adalah tidakan Israel yang membuat penempatan baru di Tebing Barat (west bank), bukan di sempadan (Israel-Palestine), tetapi jauh beratus batu kedalam Tebing Barat. Penempatan yang semakin banyak bertujuan untuk mengekalkan penguasaan Israel di Tebing Barat.

Motivasi yang utama untuk menyelesaikan masalah ini adalah kemerdekaan Palestine daripada Israel. Itu adalah tujuan utama.

Palestine tidak akan dapat menyuarakan hak Baitul Maqdis, melainkan ia diiktiraf da hulu di badan dunia.

Oleh itu tidak salah PM kita ke semananjung Gaza kerana kita menunjukkan semangat kita bersama sama dengan Palestine.

Joe_2013

Syed Imran said...

Memang tidak salah PM Najib ke Gaza malah perlu disokong. Seperti apa yang saudara katakan Yahudi terus mendirikan penempatan haram di Tebing Barat khususnya sekitar Baitul Maqdis. Oleh itu dunia Islam tidak boleh alpa dengan apa yang sedang berlaku itu selain memberi perhatian kepada Gaza. Kita bimbang akan keberadaan tempat suci Islam di Baitul Maqdis. Ini amat penting.