Tuesday, November 09, 2010

Melayu PKR ada dua pilihan - UMNO atau PAS

Parti KeAdilan Rakyat atau PKR nampaknya sedang melalui episod yang boleh diibaratkan seperti nyawa-nyawa ikan.  Satu demi satu orang kuat ataupun mereka yang benar-benar serius untuk membawa pembaharuan dalam arena politik negara, meninggalkan parti itu atau lenyap begitu sahaja.

Terkini Datuk Zaid Ibrahim, mantan tokoh UMNO dan menteri kerajaan persekutuan, salah seorang tokoh yang dilihat mampu membawa pembaharuan dalam PKR.

Tindakan Zaid, mantan tuan punya firma guaman milik tempatan yang terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim and Co atau ZICO,  menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan meletak semua jawatan dalam parti, sudah pasti memberi kesan mendalam kepada PKR.

Saya kira  Zaid akan keluar PKR dan berkemungkinan besar menyertai sebuah parti lain, umpamanya PAS atau menubuh sebuah parti serpihan PKR. Saya juga tidak menolak kemungkinan Zaid akan bersara terus daripada akif dalam politik. 

Seperti tokoh politik lain yang berpengaruh, Zaid mempunyai pengikut dan penyokong dan sudah tentu sebilangan besar daripada mereka akan mengikuti jejak langkahnya.

Kedudukan PKR semakin tenat ekoran tindakan Zaid kerana dia mempunyai ramai penyokong dalam parti itu. 

PKR sebenarnya sebuah parti yang memperjuangkan masa depan politik Anwar Ibrahim. Nokhtah.

Untuk mencapai impiannya, Anwar dan panglima perangnya, Azmin Haji Ali sanggup melakukan apa saja untuk memastikan teraju parti berada sama ada di tangan mereka atau orang yang mereka percayai. Zaid Ibrahim bukan orangnya, oleh itu  kemaraannya dalam kepimpinan parti mesti disekat. Anwar tidak mahu orang lain menduduki kerusi nombor dua PKR selain Azmin, mantan setiausaha sulitnya semasa dia berada dalam kerajaan.

Kemasukan Zaid dalam PKR setelah keluar UMNO tidak lebih daripada satu strategi politik Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi Zaid terbukti bukan seorang yang begitu mudah mengikut telunjuk orang lain atau 'yes man' dan inilah yang tidak dapat diterima oleh sama ada Anwar atau Azmin.

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail tidak mampu dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia bukan pemimpin sebenar PKR. Umum mengathui bahawa orang yang 'berkuasa'  adalah Anwar. 

Orang Melayu yang pernah atau masih menganggotai PKR harus sedar akan perjuangan sebenar parti itu dan mereka mesti bertanya diri sendiri tujuan menyertainya, sama ada ia selari dengan hasrat dan harapan mereka atau mereka tidak lebih daripada angka yang digunakan semata-mata untuk menunjukkan bahawa orang Melayu menyokong PKR. 

Kepada orang Melayu yang masih berada dalam PKR dan yang masih ingin berjuang atas kepercayaan untuk menggalak politik yang progresif terutama di kalangan orang Melayu,  mereka harus diingatkan bahawa PKR  bukan wadahnya.

Orang Melayu PKR ada dua pilihan,  iaitu sama ada menyokong UMNO atau PAS. Kedua-dua parti ini perlu kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu/Islam dan terpulanglah kepada mereka untuk memilih yang mana satu tetapi yang pasti bukan PKR atau mana-mana parti lain yang terbukti gagal memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam. Tepuk dada, tanya selera.



11 comments:

Anonymous said...

What make you think that the Melayu PKR will not join the DAP? There are Penangite Melayus who are easily swayed by the braggart LGE's sweet talking. He.. he.. he..

Unknown said...

I do not deny that because there are Melayus everywhere, not only in Penang, that are willing to support even the devil as long as they get what they want. Self interest.

What I am trying to point out is that those who are politically active, the Melayus in PKR in particular, not the type of Melayus that you pointed out.

otaklunyai said...

Pemilihan semula? Kalau ini jalan terbaik eloklah dilaksanakan. tetapi awas dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan situasi ini. Pimpinan2 parti sewajarnya berbincang dengan pucuk pimpinan parti untuk mencari jalan terbaik. Anggota2 parti kena mengambil kira faktor2 kesetiaan, jasa, keikhlasan, senioriti dan yang lebih penting hala-tuju dan perancangan pucuk pimpinan atas sesuatu tindakan. sekiranya ianya melibatkan kepentingan parti ia adalah perkara utama dan mereka yang terlibat secara langsung dengan pertikaian ini seharusnya bertolak ansur demi kepentingan parti.

Faktor jasa mereka yang telah lama bergelumang dengan parti sejak dari mula parti ditubuhkan, dizaman parti dihina, diaibkan dan difitnah sehingga kini. Sekarang parti telah kukuh dan ada yang cuba mengambil jalan mudah untuk naik.

Jadi bagi mereka yang agak junior janganlah terlalu taksub untuk naik walaupun kita rasa kita amat cerdik sebab ianya akan merosakkan orang lain. masanya akan tiba, cuma perlu sedikit pengorbanan dan tolak-ansur demi kepentingan parti. Kesetiaan mereka yang bersama2 parti sejak mula lagi telah terbukti dengan pengorbanan yang telah dicurahkan, walaupun itu bukanlah satu kaedah penilaian yang mutlak. Jadi yang baru kenalah respect sikit.

Apa yang nak direbutkan, kalau tak ada jawatanpun boleh menyumbang untuk parti. Dengan ketokohan yang ada pada diri, ahli2 parti akan nampak siapa yang patut dilantik menjadi ketua dimasa akan datang.

Janganlah nanti jadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar. Kita pun sedia maklum musuh2 diluar yang telah terbukti kejahatan dan kedajalannya sedang menunggu2 peluang untuk menghancurkan Pakatan. Dulu kita pun lari dari mereka kerana kita tau apa dosa2 mereka terhadap bangsa sendiri. Mereka cuma berlindung disebalik kuasa dan lakonan untuk menipu bangsa.

Platform kita sudah betul cuma perlu diperkemaskan dengan satu kata dan satu hati. Tidak ada jalan kebelakang untuk pulang semula kepangkuan bersama2 mereka yang telah melakukan kerosakkan. Kita kena ajar pengkhianat yang bertopengkan kuasa dan kata2 lunak.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/pkr-adakan-pemilihan-ulang-semula.html#ixzz14lIXgpaW

Anonymous said...

sdr Imran,
sudah sampai masaanya rakyat negera ini tidak menyertai mana-mana parti politik dengan cara ini kitaa boleh membuat pilihan tidak berdasarkan parti. Negera-negara maju anggot paarti boleh dikira dengn jari tetapi bila ada pilihaanaraya merek menggundi berdasarkan calon terbaik bukan calon yang dicalonkan oleh sesebuah parti. Im tak anggotai mana-mana parti tetapi bila menggundi saya pilih calon yang terbaik bukan parti.

Ron Jeremy said...

Otak Lunyai (memang lunyai pun)

Pemilihan semula? Apa makna satu ahli satu undi jika yang mengundi hanya 6000 dari 400000 (kununnya) ahli? Ada cabang cuma ada 50 undi? Lagi senang nak manipulate macam ni!

Pokoknya, PKR cakap tak serupa bikin. Bila bercakap berdegar-degar tapi bab perlaksanaannya banyak pula 'disclaimer', macam argument you lah. Ada pulak 'fine' print' macam dokumen insuran.

Amacam bro, RM2.50 PKR akan lunyai macam hang?

Askar Melayu said...

Syed,

Ketua Umum (apkobodo) : Anwar
Presiden : Wan Azizah
Timbalan Presiden : Azmin
Naib Presiden : Nurul Izah

Kalau lah senario diatas berlaku pada UMNO, apa agaknya komen Lim Kit Siang & Guan Eng, Nik Aziz & Hadi, Anwar & Azmin dan juga penyokong parti masing-masing?

adila said...

Salam Pak Syed,

Tak tau nak kata Tok Zaid ni jenih apa. Dulu dia keluaq dari Umno pi masuk PKR..la ni nak keluaq lagi..sat masuk sat keluaq..emmphh..payah-payah keluaq teruih la..toksah gatai nak masuk mana-mana..buat nyusahkan oghang lain haih!

Anonymous said...

Teringin nak tengok Datuk Nik Aziz jadi PM kita.. InsyaAllah kemungkaran akan berkurangan. Amin.

Anonymous said...

salah tu - ada pilihan ketiga, yakni ikut Zaid dalam parti baru yang saya percaya akan di turut sama olih ramai kaum india dan cina yang tak dapat terima DAP atau PKR lagi.

Unknown said...

Ada orang yang terlalu taksub dengan PKR dan Anwar melenting sebab saya tulis bab ini. Dia tanya saya sokong parti mana, saya jawab dulu UMNO sekarang tiada parti sebab UMNO dah potong nama saya sebagai ahli - pemutihan namanya. Oleh itu saya ulas yang mana patut, tak kira parti politik. Ada kala saya kritik UMNO dan pemimpinnya dan ada kala saya kritik pembangkang dan pemimpin mereka. Saya luahkan pendapat berasaskan amatan sendiri. Terpulang kepada pembaca untuk membuat andaian atau apa jua pandangan, yang pasti saya tidak menganggotai mana-mana parti politik.

singa said...

sdr Imran,

Saya suka cara u memberi pendapat tanpa memihak mana-mana parti. Betul dan benar kita katakan benar manakala yg salah tetap salah. Dengan sifat sebegini ini baru namanya pembaharuan dalam politik. I juga macam u tak kira parti politik mana janji ada kebaikan kepada kita rakyat malaysia. Islam di utamakan.